KETAGIHAN didefinisikan sebagai obsesi terhadap bahan atau kelakuan yang merugikan diri sendiri. Ia melibatkan ketergantungan kronik dan kompulsif terhadap sesuatu bahan mahupun kelakuan yang menjadikan kehidupan sehari-harian tidak lagi teratur apatah lagi boleh menjadikan seseorang di luar kawalan sehingga seseorang boleh hilang diri sendiri.
Akibatnya wujud pelbagai masalah dari segi fizikal dan mental, hubungan, serta pekerjaan, sehingga ada ketagihan yang membawa kepada maut.
Namun, dengan kaedah pengawalan dan pencegahan yang betul dan terbukti, ia boleh diatasi sekali gus mampu memperbaiki kualiti hidup.
Walaupun begitu, apa yang menjadi persoalan pada masa kini ialah tahap evolusi sesuatu ketagihan sehingga modaliti rawatan yang digunakan juga memerlukan pengubahsuaian.
Pakar Psikologi Kaunseling, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Solace Asia, Profesor Adjung Dr. Prem Kumar Shanmugam, dan Pengerusi Persatuan Pengurangan Kemudaratan Malaysia (MSHR), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh mengupas beberapa isu mengenai modaliti rawatan ketagihan moden yang mana, menurut mereka, ketagihan melibatkan ubatan tidak sah atau dadah telah melalui pelbagai evolusi sehinggakan rawatan konvensional atau tradisional sudah tidak menepati keperluan.
Jelas mereka, ini memaksa pihak pengawal selia termasuk pakar penyelidikan dan kesihatan untuk tampil dengan usaha untuk mengkaji semula modaliti rawatan baharu.
Kedua-dua Dr. Prem dan Dr. Sharifa ditemui dalam satu temuramah khas bersama Astro AWANI ketika Persidangan Evolving Treatment Methodologies in Addiction (ETMA) di ibu negara baru-baru ini.
Persidangan ini bertujuan untuk meneroka kemajuan dalam modaliti dan dasar rawatan ketagihan sekaligus memberi pencerahan tentang cabaran dan penyelesaian inovatif rawatan ketagihan.
Mengkaji Semula Modaliti Rawatan Tradisional
Kebimbangan utama yang diutarakan mengenai kaedah rawatan tradisional atau konvensional ialah keberkesanannya yang terhad.
“Orang ramai perlu sedar bahawa bahan ketagihan baharu, seperti dadah sintetik sudah mula menguasai pasaran menyebabkan kerumitan kepada kaedah rawatan tradisional. Ubatan terlarang atau dadah bukan lagi berasal dari bahan semulajadi seperti tumbuhan atau kimia semula jadi sebaliknya ia berevolusi sehingga sukar untuk dicegah menggunakan kaedah tradisional,” kata Dr. Prem.
Manakala, Dr. Sharifa pula menunjukkan beberapa paparan video dengan tajuk Zombie Drug, yang menunjukkan penagan dadah sintetik xylazine yang menjadikan penagih berkeliaran tanpa tuju dan dalam keadaan lupa diri dan seperti ‘zombie’.
Beliau akui, dadah bukan opioid, digunakan secara berleluasa membawa kepada kesan buruk, seperti masalah tingkah laku dan kesihatan yang teruk dalam komuniti. Ia dapat dilihat berlaku di beberapa bandar raya di Amerika Syarikat.
Oleh yang demikian, Dr. Sharifa menekankan kepentingan memanfaatkan teknologi untuk tujuan kawal selia, terutamanya dalam mengesan dan memantau titik panas penagih. Beliau menekankan keperluan badan penguatkuasa menggunakan teknologi terkini untuk memerangi trend ketagihan secara lebih berkesan.
“Secara keseluruhan, teknologi baharu dan terkini sahaja mampu memerangi ketagihan moden ini. Antaranya, teknologi penyiaran dan komunikasi digunakan untuk meningkatkan kesedaran dan memperbanyakkan ilmu mengenai kesan ketagihan,” ujar Dr. Prem.
Menurut kedua-dua mereka, terdapat beberapa pendekatan inovatif untuk rawatan ketagihan yang telah menunjukkan kemajuan dalam penyelidikan. Antara yang disenaraikan Dr. Prem dan Dr. Sharifa ialah rawatan tembakau seperti di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, New Zealand dan Australia di mana produk tembakau digunakan sebagai alternatif dalam vape, snus dan produk tembakau yang dipanaskan seperti IQos.
Produk ini, kata mereka, menyalurkan nikotin tanpa membakar tembakau, mengurangkan ketagihan tembakau. Walau bagaimanapun, Malaysia belum menerima sepenuhnya alternatif ini dan mungkin perlu mengawal selianya dengan lebih berkesan agar tidak disalah guna.
“Berbanding model ‘berhenti langsung’ yang mungkin tidak berkesan untuk semua orang, pendekatan pengurangan bahaya demi pemulihan lebih mampan. Misalnya berbanding mengarahkan seseorang berhenti merokok, sebaiknya, kita minta dia kurangkan rokok secara berperingkat untuk mencapai tahap berhenti. Ia juga sama dengan ketagihan dadah,” kata Dr. Prem.
Beliau mengambil contoh terapi Rangsangan Magnetik Transkranial (TMS) dan Terapi Elektrokonvulsif (ECT) yang sedang diterokai, bersama-sama dengan model terapi baharu seperti Penyahpekaan dan Pemprosesan Mata (EMDR), hipnosis dan terapi berfokuskan penyelesaian.
Kerjasama pelbagai pihak menggabung input berkesan
Dalam pada itu, Dr. Sharifa berkata sektor penjagaan kesihatan awam dan swasta harus bekerjasama dalam menangani keperluan individu yang bergelut dengan ketagihan. Beliau menyeru pendekatan multi-kolaboratif yang menggabungkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan untuk memastikan penjagaan yang berkesan dan inklusif.
Dr. Prem menyuarakan sentimen Dr. Sharifa, iaitu menonjolkan keperluan sistem penjagaan kesihatan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan landskap ketagihan.
“Saya akui bahawa penting untuk kita sentiasa mengikuti perkembangan dalam rawatan ketagihan dan memupuk kerjasama antara profesional penjagaan kesihatan dan penggubal dasar,” ujar beliau.
Antara kaedah yang disaran ialah dengan memupuk pemulihan menerusi kesedaran, pendidikan dan dasar atau polisi. Dr. Prem dan Dr. Sharifa berkata pendekatan holistik penting dalam menanggani punca ketagihan dan menggalakkan persekitaran yang menyokong untuk pemulihan jangka panjang.
“Memandangkan kita berdepan cabaran yang berterusan seperti krisis opioid dan kemunculan bahan ketagihan baharu, peningkatan kerjasama antara pihak berkepentingan untuk menangani sifat ketagihan yang pelbagai rupa perlu diterapkan,” kata Dr. Sharifa.
Kesimpulannya, memandangkan landskap ketagihan terus berkembang, modaliti rawatan perlu disesuaikan menerusi inovasi, kerjasama dan komitmen terhadap pemulihan yang mampan.
Nizha Periaswamy
Wed Apr 10 2024
Dr. Prem Kumar Shanmugam dan Dr Sharifa Ezat Wan Puteh memberitahu, terdapat beberapa pendekatan inovatif untuk rawatan ketagihan yang telah menunjukkan kemajuan dalam penyelidikan.
Pelbagai mitigasi dilaksana untuk atasi isu gangguan bekalan air di Seberang Perai Selatan
Langkah-langkah mitigasi yang diambil mampu menyelesaikan masalah gangguan bekalan air secara jangka pendek dan panjang.
Malaysia akan dukung prinsip, gerakkan kepaduan sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Beliau berkata ASEAN dan Asia Tenggara telah mencapai kemajuan yang luar biasa dalam pelbagai bidang.
Jojo Ghazali, skuad takraw kebangsaan dipilih penerima Anugerah Khas SAM
Ia susulan pencapaian membanggakan atlet tersebut pada tahun lalu, sekali gus melayakkan mereka menerima anugerah berkenaan tahun ini.
Thailand umumkan langkah baharu tarik pekerja mahir
PM komited meningkatkan daya saing Thailand melalui langkah-langkah baharu yang bertujuan memudah cara pemprosesan pelbagai jenis visa.
Johari Abdul hadiri makan malam dihoskan rakan sejawat di Jepun, Fukushiro Nukaga
Majlis itu diadakan di Kediaman Rasmi Speaker di Chiyoda di Tokyo dan turut dihadiri oleh isteri Nukaga iaitu Mieko.
Pyanhabib seorang seniman yang amat disayangi dan disegani - Fahmi
Fahmi berkata Pyanhabib merupakan seorang penyajak, penulis, pelakon serta seniman yang amat disayangi dan disegani.
Kerajaan perlu terus uar-uarkan berkenaan permohonan kad fleet subsidi diesel
Kerajaan diharap terus menguar-uarkan mengenai kad fleet itu kerana masih ramai golongan yang layak memohon tidak mengetahuinya.
Fahmi peguam baharu ibu bapa Zayn Rayyan
Beliau akan hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat sekiranya pihak polis membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh reman.
Aaron-Wooi Yik ketuai kemaraan negara di Jakarta
Aaron-Wooi Yik mengesahkan kemaraan selepas menewaskan wakil Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Joshua Yuan, 21-14, 21-14.
Jurulatih badminton era 70-an Lee Guan Chong meninggal dunia
Anak mendiang Eric Lee berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 7.52 pagi akibat sakit tua pada usia 87 tahun.
Modaliti rawatan inovatif perangi ketagihan moden
Terdapat beberapa pendekatan inovatif untuk rawatan ketagihan yang telah menunjukkan kemajuan dalam penyelidikan.
Lindungi minda kanak-kanak daripada ketagihan aktiviti, permainan dalam talian
Apabila penggunaan media sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat, kesannya terhadap kesihatan mental semakin membimbangkan.
GEG 2022: Jualan produk tembakau menerusi pasaran haram dibimbangi meningkat - Pakar
Pembelian produk tembakau dibimbangi meningkat sekiranya Rang Undang-Undang Generasi Penamat Rokok (GEG) mengetepikan soal pengurangan kemudaratan (Harm Reduction) tegas Pakar Kesihatan.
Pengurangan kemudaratan, langkah terbaik rawat ketagihan nikotin
Sejak diperkenalkan, penggunaan methadone terbukti berkesan apabila kes jangkitan HIV membabitkan pengguna dadah secara suntikan (IDU) mencatatkan penurunan signifikan.
Malaysia di tempat ketiga dalam senarai ketagihan telefon pintar - Kajian
Malaysia berada di tempat ketiga di belakang China dan Arab Saudi, manakala Jerman dan Perancis mempunyai kadar ketagihan paling rendah.
Menteri Muda Sarawak dedah sindiket edar dadah percuma untuk pelajar
Datuk Francis Harden Hollis mendedahkan ada sindiket di Sarawak yang mengedar dadah secara percuma kepada pelajar sekolah sebagai taktik menjebak mereka menjadi penagih.
Reunion siri Friends, peminat bimbang keadaan Matthew Perry
Perry bergelut dengan masalah dadah sejak berusia 20-an dan berterusan selepas memegang peranan sebagai Chandler Bing dalam Friends bermula tahun 1994.
Ulama di Aceh mahu pemain PUBG dihukum sebat
Golongan yang aktif dengan permainan PUBG dianggap telah melanggar syariat Islam di Aceh.
Guna kas kas sebagai pelaris, pemilik restoran 'mi gian' ditahan
Tindakan itu dilakukan agar perniagaannya laris apabila pelanggan ketagihan dan sering mengunjungi restorannya.
Peraturan kawal selia vape ambil kira kandungan cecair, penjualan di pasaran - Dr Lee
Ia bagi memastikan kandungan cecair vape tidak dicampurkan dengan bahan kimia lain dan penjualannya hanya terhad kepada golongan dewasa sahaja.