awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Model khas tetapkan lokasi sekolah khas golongan miskin - Fadhlina

Bernama
Bernama
10/08/2023
11:00 MYT
Model khas tetapkan lokasi sekolah khas golongan miskin - Fadhlina
Fadhlina ketika beramah mesra bersama pelajar di Program Pembinaan Karakter Bangsa Malaysia Pelajar Lepas Menengah di Dewan Dato Haji Ahmad Salleh. -Bernama
NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memperhalusi mekanisme yang akan menjadi model khas bagi menetapkan kriteria penting terhadap lokasi pembinaan projek rintis sekolah khas pelajar keluarga paling miskin.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata model khas tersebut menumpukan kepada isu yang berkait rapat dengan kemiskinan, saluran bantuan dan sokongan kepada ekosistem sekolah sebelum pemilihan pembinaan lokasi yang strategik.
"Model khas itu bermaksud tentang akses pendidikan yang sukar untuk pelajar ini (golongan miskin) pergi ke sekolah," katanya kepada media selepas beramah mesra bersama pelajar di Program Pembinaan Karakter Bangsa Malaysia Pelajar Lepas Menengah di Dewan Dato' Haji Ahmad Salleh.
Beliau juga berkata kriteria bagi model khas tersebut akan diperhalusi dan dilihat oleh jawatan kuasa di KPM yang akan ditetapkan kemudian.
Ahad lepas, beliau dilaporkan berkata kementeriannya akan berusaha sedaya upaya bagi merealisasikan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membina jenis sekolah baharu yang menyasarkan kepada anak-anak daripada golongan paling miskin di negara ini pada tahun depan.
Selain itu, Fadhlina berkata Program Pembinaan Karakter Bangsa merupakan satu inisiatif penting dalam membina moral yang berkonsep terhadap Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC) dalam melahirkan gerasi bijak pandai dan mempunyai sahsiah diri yang baik.
"Program tersebut termasuk dalam inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Negara, ini adalah sebahagian inisiatif yang menghimpunkan mereka (pelajar lepasan menegah) dalam satu program untuk memastikan perbincangan yang berlaku berkait rapat dengan pembinaan karekter bangsa," katanya.
Beliau berkata program itu dilaksanakan sebanyak empat siri yang melibatkan peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam, Institusi Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi dan Kolej Vokasional tahun 2023 di negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
"Di Pulau Pinang, lebih kurang 700 pelajar hadir dan Alhamdulillah, sambutan yang sangat baik seperti mana yang dilihat dan akan teruskan program ini dari semasa ke semasa khususnya kepada pelajar lepasan sekolah menengah kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#sekolah khas
#pelajar miskin
#saluran bantuan dan sokongan kepada ekosistem sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan