KUALA LANGAT: Seorang model sambilan wanita didakwa membunuh teman lelakinya di Mahkamah Majistret Telok Datok, di sini pada Jumaat.
A Tamilselvi, 26, yang memakai baju lokap ungu, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Maslinda Selamat.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, memandangkan kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh V Gawsigan, 26, di sebuah unit kediaman Rimbayu Perennia Jalan Flora 3D/6, di Telok Panglima Garang, Kuala Langat sekitar jam 5.30 pagi, 11 Mac lalu.
Bekas pelajar perubatan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, peguam, Ethan Tan yang mewakili tertuduh, memohon anak guamnya itu dirujuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan mental.
“Saya difahamkan anak guam saya ada ‘bipolar disorder’ (BPD) malah, dia juga seperti tidak dapat memahami apabila saya menjelaskan kepadanya berhubung hari kejadian.
“Tertuduh juga mempunyai masalah penyakit jantung dan dia memerlukan bantuan bateri untuk denyutan jantungnya,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Khadijah Amir Hamzah tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes itu termasuk dalam peruntukan tidak boleh dijamin.
Katanya, tiada sebarang dokumen dikemukakan oleh pihak pembelaan bagi mengesahkan penyakit BPD dan penyakit jantung yang dialami oleh tertuduh.
Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, Maslinda menolak permohonan pihak pembelaan itu.
“Peguam perlu kemukakan dokumen berkaitan kesihatan mental dan fizikal tertuduh pada tarikh sebutan akan datang,” katanya.
Mahkamah menetapkan 25 April depan untuk tarikh sebutan semula kes dan laporan toksikologi, bedah siasat, kimia serta perubatan.
Pada Selasa, media melaporkan seorang lelaki maut dipercayai ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan.
Difahamkan, punca kejadian dikatakan bermotifkan cemburu kerana mangsa yang merupakan jurufoto sembilan telah curang.
Suspek berusia 26 tahun itu berjaya diberkas anggota polis di sekitar kawasan Hospital Cyberjaya pada jam 12.30 tengah hari, selepas membawa kekasihnya itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Doktor itu kemudiannya memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada mangsa namun tiada sebarang tindak balas. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 22 2024
Tamilselvi dibawa ke Mahkamah Majistret Telok Datok pada bagi menghadapi pertuduhan bunuh teman lelakinya pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Model sambilan didakwa bunuh kekasih
A Tamilselvi, 26, yang memakai baju lokap ungu, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Maslinda Selamat.