awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Modi sertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 secara dalam talian - PM Anwar

Bernama
Bernama
23/10/2025
01:25 MYT
Modi sertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 secara dalam talian - PM Anwar
Anwar berkata, beliau dan Modi (gambar) turut membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-India ke tahap yang lebih strategik dan menyeluruh. - Gambar fail/AP
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri India Narendra Modi akan menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 secara dalam talian berikutan perayaan Deepavali yang masih diraikan di negara itu ketika sidang berkenaan diadakan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu ketika menerima panggilan telefon daripada Modi malam tadi.
"Saya menghormati keputusan tersebut dan menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada beliau serta seluruh rakyat India," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Anwar berkata beliau dan Modi turut membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-India ke tahap yang lebih strategik dan menyeluruh.
Beliau menegaskan bahawa India kekal sebagai rakan penting Malaysia dalam bidang perdagangan dan pelaburan, selain kerjasama erat di sektor teknologi, pendidikan serta keselamatan serantau.
"Malaysia akan terus komited memperkukuh hubungan Malaysia-India serta meningkatkan kerjasama ASEAN-India ke arah mewujudkan rantau yang lebih aman dan makmur," katanya.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Okt ini.
Lebih 30 ketua negara dan kerajaan dijangka berhimpun bagi membincangkan isu keamanan serantau, daya tahan ekonomi dan pertumbuhan inklusif di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Narendra Modi
#Anwar Ibrahim
#Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
#Deepavali
#hubungan dua hala Malaysia-India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan