KULAI: Kementerian Kewangan (MOF) akan mengesyorkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mewujudkan subjek baharu mengenai kewangan dan keusahawanan di sekolah menengah.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata cadangan itu penting dalam usaha memastikan generasi muda celik kewangan sekali gus menarik minat mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan seperti perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Beliau berkata susulan itu, jawatankuasa Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) yang antaranya dianggotai Bank Negara Malaysia (BNM), KPM serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan berbincang dan melakukan kajian awal terhadap pengenalan subjek baharu tersebut.
"Kementerian akan mengesyorkan kepada KPM agar subjek mengenai kewangan dan keusahawanan diadakan di peringkat sekolah menengah dari Tingkatan Satu hingga Enam.
"Kita mahu orang muda memahami tentang subjek ini dengan lebih berstruktur dan sistematik, saya kira ramai yang akan mendapat faedah jika celik kewangan dan keusahawanan untuk masa depan mereka," katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup Karnival Celik Kewangan Johor di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Gabenor BNM Adnan Zaylani Mohamad Zahid.
Ahmad berkata usaha bagi mewujudkan subjek itu juga dapat membantu membendung kes 'scammer' sekali gus mengelakkan masyarakat menjadi mangsa penipuan.
Menurutnya pemilihan agar ia dilaksanakan di peringkat sekolah menengah adalah seiring dengan kadar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negara ini iaitu kira-kira 500,000 orang setiap tahun.
"Daripada jumlah itu, hanya 40 peratus ada Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), diploma, ijazah dan ke atas, ini bererti 60 peratus lagi hanya ada SPM.
"Bayangkan jika 60 peratus ini mempunyai ilmu kewangan dan keusahawanan, ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka daripada tertekan untuk mencari rezeki dan lebih bijak dalam mengurus kewangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Ahmad berkata usaha bagi mewujudkan subjek itu juga dapat membantu membendung kes 'scammer' sekali gus mengelakkan masyarakat menjadi mangsa penipuan. - Gambar fail/Bernama
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
MOF syor KPM wujud subjek mengenai kewangan dan keusahawanan di sekolah
Kementerian Kewangan (MOF) akan mengesyorkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mewujudkan subjek baharu mengenai kewangan dan keusahawanan di sekolah menengah.
Tiada subjek baharu mengenai demokrasi - Teo
Sebaliknya, kurikulum dan silibus sedia ada akan ditambah baik termasuk menyemak semula kandungan buku teks dan peperiksaan bagi menjadikan belia lebih celik sistem demokrasi negara.