awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran

Bernama
Bernama
26/02/2025
23:10 MYT
Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Mohamad (kiri) berjabat tangan dengan Masoud Pezeshkian semasa beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran itu di Tehran, pada Rabu. - Gambar ihsan Pejabat Menteri Luar
TEHRAN: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian, pada Rabu.
Mohamad, yang dalam lawatan rasmi pertama selama tiga hari ke Iran dari 25 hingga 27 Feb, disambut Pezeshkian di pejabat beliau di Pasteur Street, di sini, kira-kira 5.30 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).
Kedua-dua pemimpin meluangkan masa kira-kira 30 minit membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia-Iran selain isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama, khususnya situasi di Palestin dan hal berkaitan Timur Tengah.
Kunjungan hormat itu diadakan selepas Mohamad mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Iran (JCM) ke-8 dengan rakan sejawatnya, Seyyed Abbas Araghchi.
Pada 2024, Iran merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di rantau Asia Barat, dengan jumlah dagangan bernilai RM2.6 bilion (USD0.57 bilion), peningkatan sebanyak 24.6 peratus berbanding 2023.
Malaysia merupakan rakan dagang terbesar Iran dalam kalangan negara anggota ASEAN dan yang ke-19 terbesar di dunia pada 2023.
Pada 1970, Malaysia membuka kedutaannya di Tehran, manakala Iran membuka kedutaannya di Kuala Lumpur pada 1981. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#Dr Masoud Pezeshkian
#kunjungan hormat
#Presiden Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan