awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Hasan ucap takziah kepada keluarga mangsa letupan bom lempar

Bernama
Bernama
25/06/2023
16:12 MYT
Mohamad Hasan ucap takziah kepada keluarga mangsa letupan bom lempar
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan tengah hari tadi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan tengah hari tadi.
"Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib Bidin dan Leftenan Udara I Mohd Iqmal Masdi.
"Gugurnya perajurit dalam latihan demi mempertahankan negara. Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan keredaan dengan ketentuan-Nya jua," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam ini.
Dalam kejadian pada 12.10 tengah hari itu, seorang penuntut Institut Pentadbiran dan Pengajian Pangkalan Udara Sendayan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi iaitu jurulatih meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Segamat.
Kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi jurulatih cedera dan masih menerima rawatan.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Justeru, TUDM menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai serta menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat.
Innalillah wainnailaihirojiun. Allahumaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu Mendapat perkhabaran duka kejadian...
Posted by Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan on
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#takziah
#mangsa bom lempar
#Kem Syed Sirajuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan