awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Sabu, Abang Johari bincang kerjasama sekuriti makanan negara

Bernama
Bernama
09/02/2024
09:46 MYT
Mohamad Sabu, Abang Johari bincang kerjasama sekuriti makanan negara
Datuk Seri Mohamad Sabu mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dengan negeri itu dalam memastikan sekuriti makanan negara. - Foto Facebook Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dengan negeri itu dalam memastikan sekuriti makanan negara.
Mohamad dalam hantaran di Facebook berkata antara isu yang diberikan penekanan ialah perkara berkaitan pengairan untuk pertanian.
Beliau berkata Abang Johari juga menyatakan komitmen dan kesungguhan dalam isu keterjaminan makanan dengan menyasarkan Sarawak mampu menjadi antara negeri pengeksport beras di negara ini.
"Insya-Allah bagi menjayakan hasrat Yang Amat Berhormat Premier dan kerajaan Persekutuan menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi kedua negara selepas negeri Kedah, kementerian akan melaksanakan strategi berdasarkan Konsep Pertanian Pintar.
"Strategi yang akan digunakan ialah Teras Pertama yang akan memfokuskan kepada Pembangunan Kapasiti Industri dan Infrastruktur, manakala Teras Ketiga akan diaplikasikan yang berkait dengan Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi," katanya.
Menurut hantaran itu, pertemuan kedua-dua pemimpin berlangsung di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pagi tadi.
Sebelum ini, Mohamad dilaporkan berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melipatgandakan usaha serta memperluaskan penanaman padi di bawah Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan termasuk di Sabah dan Sarawak pada tahun ini, selaras dengan hasrat menjadikan kedua-dua negeri itu sebagai jelapang padi negara kedua pada masa hadapan.
Menurutnya Program SMART SBB Ala Sekinchan menumpukan kepada model dan amalan pertanian baik sebagaimana dilakukan oleh pesawah di Sekinchan, Selangor dan program itu sedang dilaksanakan di seluruh negara melibatkan hampir 10,000 pesawah dengan keluasan lebih 26,000 hektar.
Selain mampu menambah pendapatan golongan pesawah menerusi peningkatan hasil padi, program itu juga disasarkan untuk membantu menghentikan kebergantungan negara terhadap beras import dalam tempoh dua tahun.
Mohamad berkata komitmen semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan aspirasi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#Abang Johari Tun Openg
#sekuriti makanan
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan