awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamed Apandi terima penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara

Bernama
Bernama
05/06/2018
03:45 MYT
Mohamed Apandi terima penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara
MOHAMED APANDI: 'Apa-apa keputusan pun saya akan terima dengan reda sebagai ketentuan oleh Allah. Alhamdulillah.' - Gambar fail
Tan Sri Mohamed Apandi Ali menerima keputusan kerajaan menamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.
"Apa-apa keputusan pun saya akan terima dengan reda sebagai ketentuan oleh Allah SWT. Alhamdulillah," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp apabila ditanya mengenai penamatan perkhidmatannya itu pagi ini.
Dalam satu kenyataan bertarikh 4 Jun yang dikeluarkan oleh Istana Negara kepada Bernama awal pagi ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan penamatan perkhidmatan Mohamed Apandi selaku Peguam Negara oleh Kerajaan Malaysia.
Wan Ahmad Dahlan berkata Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara menurut Artikel 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini telah mencadangkan peguam terkemuka Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara untuk menggantikan Mohamed Apandi, 68, yang diberikan cuti tanpa rekod selama 30 hari sejak 15 Mei, 2018.
BACA: Agong perkenan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara
Pada 14 Mei lepas, Dr Mahathir berkata Mohamed Apandi sudah diarahkan bercuti dan Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek mengambil alih tugas beliau berkuat kuasa serta merta.
Mohamed Apandi, anak kelahiran Kelantan dilantik sebagai Peguam Negara pada 27 Julai 2015, menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang perkhidmatannya ditamatkan atas faktor kesihatan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketentuan
#Mahathir Mohamad
#Mohamed Apandi Ali
#Peguam Negara
#reda
#tamat perkhidmatan
#Tommy Thomas
#Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz
#WhatsApp
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan