awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamed Khaled adakan lawatan rasmi ke Turkiye Jun ini

Bernama
Bernama
06/05/2024
14:15 MYT
Mohamed Khaled adakan lawatan rasmi ke Turkiye Jun ini
Mohamed Khaled bertemu dengan Timbalan Menteri Pertahanan Turkiye Dr Celal Sami Tufekci di Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan melakukan lawatan rasmi ke Turkiye pada Jun ini bagi meningkatkan lagi kerjasama strategik dari segi pertahanan antara kedua-dua negara.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu selepas Mohamed Khaled bertemu dengan Timbalan Menteri Pertahanan Turkiye Dr Celal Sami Tufekci di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di sini.
Semasa lawatan ke negara Mediterranean itu, Mohamed Khaled dijangka menandatangani beberapa perjanjian persefahaman dengan Turkiye melibatkan pembangunan industri pertahanan dan bidang ketenteraan kedua-dua negara.
Turut hadir pada pertemuan antara Mohamed Khaled dan Celal ialah Naib Presiden Industri Pertahanan Turkiye Ihsan Kaya.
Celal turut menzahirkan ucapan takziah kerajaan Turkiye susulan nahas membabitkan dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak yang mengorbankan 10 anggota pada 23 April lepas.
Kedua-dua helikopter bertembung di udara semasa Latihan Lintas Hormat Sempena Hari TLDM ke-90.
Mohamed Khaled juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen dan Menteri Pertahanan II Brunei Darussalam Mejar Jeneral (B) Datu Paduka Seri Awang Halbi Mohd Yussof.
Menurut Kementerian Pertahanan, Mohamed Khaled juga menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pertahanan Indonesia Lt Jen (B) Muhammad Herindra susulan lawatan beliau ke Indonesia minggu lepas.
Pertemuan itu, antara lain menyentuh kerjasama dalam kalangan anggota ASEAN yang disifatkan penting untuk kepentingan serantau selain membincangkan kerjasama keselamatan maritim dan darat dalam mempertahan kedaulatan kedua-dua negara agar terus diperkukuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NATSEC
#TLDM
#Industri Pertahanan
#kerjasama strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan