awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Azmawi dijangka angkat sumpah ADUN Nenggiri 21 Nov

Bernama
Bernama
13/11/2024
12:53 MYT
Mohd Azmawi dijangka angkat sumpah ADUN Nenggiri 21 Nov
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dijangka mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ADUN kawasan itu pada 21 Nov ini. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dijangka mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ADUN kawasan itu pada 21 Nov ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan proses itu akan dilaksanakan sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung bagi membolehkan Mohd Azmawi memenuhi tanggungjawabnya sebagai ADUN.
"Proses itu pastinya dilaksanakan pada hari pertama sidang DUN berlangsung sempena pembentangan Belanjawan Kelantan 2025 pada 21 Nov ini," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Mohd Azmawi daripada Barisan Nasional menewaskan calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional, Mohd Rizwadi Ismail pada Pilihan Raya Kecil Nenggiri 17 Ogos lepas setelah memperoleh 9,091 undi.
Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan Gua Musang yang mesra dengan panggilan Awie itu menang dengan majoriti 3,352 undi sekali gus membolehkan parti itu merampas kembali kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Mohd Azizi Abu Naim (Bersatu).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN Nenggiri
#Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani
#angkat sumpah
#Ahli Dewan Undangan Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan