MALAYSIA
[TERKINI] Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu
![[TERKINI] Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu [TERKINI] Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-06/61750407782_tbKetuaPolisNegara.jpg)
Saifuddin Nasution (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa antara Razarudin dan Mohd Khalid pada Majlis Serah Terima Tugas di Pulapol, hari ini. - Gambar/ Shhair Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-15 menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara mulai Ahad ini.
Watikah pelantikan itu disampaikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam Majlis Serah Terima Tugas Dan Paluan Berundur Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini pada Jumaat.
Mohd Khalid dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas pada 8 Mei 2023 dengan memangku gred VUYA5 (JUSA A).
Pelantikan Ketua Polis Negara merupakan prerogatif Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.Untuk rekod, Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-14 selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuat kuasa 23 Jun 2023, bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami