awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IAEA akan teruskan pemeriksaan di Iran selepas keadaan keselamatan

Bernama
Bernama
20/06/2025
11:15 MYT
IAEA akan teruskan pemeriksaan di Iran selepas keadaan keselamatan
Ketua IAEA Rafael Grossi menegaskan komitmen agensi itu untuk kekal di Iran, dan meneruskan pemantauan terhadap pematuhan keselamatan nuklear. - Reuters
BERLIN: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan meneruskan pemeriksaan di Iran mengikut Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) sebaik sahaja keadaan keselamatan mengizinkan, kata Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi, menurut laporan TASS.

Ringkasan AI
  • IAEA akan teruskan pemeriksaan nuklear di Iran sebaik keadaan keselamatan mengizinkan, selaras dengan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).
  • Pemeriksaan tertangguh susulan ketegangan serangan udara Israel ke atas Iran pada 13 Jun, yang menyasarkan lokasi berkaitan program nuklear Iran dan mencetuskan tindak balas oleh Tehran.
  • Ketua IAEA Rafael Grossi menegaskan komitmen agensi itu untuk kekal di Iran, dan meneruskan pemantauan terhadap pematuhan keselamatan nuklear.

"Agensi ini kekal dan akan terus berada di Iran. Pemeriksaan pematuhan akan diteruskan seperti yang ditetapkan dalam kewajipan keselamatan di bawah Perjanjian NPT, sebaik keadaan keselamatan dan perlindungan membenarkan," menurut kenyataan Grossi yang dipetik perkhidmatan media IAEA.
Israel mula melancarkan serangan udara terhadap Iran pada 13 Jun lalu, menyasarkan beberapa lokasi termasuk berkaitan program nuklear negara itu, yang kemudian mencetuskan serangan balas oleh Tehran.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Iran Israel
#IAEA
#Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
#Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami