awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Na'im sambut baik hasrat ulama Yaman perluas peluang pengajian di Malaysia

Bernama
Bernama
12/07/2025
15:00 MYT
Mohd Na'im sambut baik hasrat ulama Yaman perluas peluang pengajian di Malaysia
Mohd Na'im berkata cadangan itu sejajar dengan komitmen Malaysia dalam memperkukuh jaringan keilmuan dan dakwah Islam di peringkat antarabangsa. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyambut baik hasrat ulama besar dari Yaman, Sheikh Al-Qodhi Dr Yasir Al-Adni As-Syahiri, untuk menjalin kerjasama dua hala dalam membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dari negara itu melanjutkan pengajian tinggi di Malaysia.
Mohd Na'im berkata cadangan itu sejajar dengan komitmen Malaysia dalam memperkukuh jaringan keilmuan dan dakwah Islam di peringkat antarabangsa.
"Hasrat murni ini amat saya alu-alukan, seiring dengan komitmen kita memperkukuh jaringan keilmuan dan dakwah Islam antarabangsa.
"Malaysia sentiasa terbuka menjadi medan ilmu, tempat suburnya dakwah dan penyebaran rahmat Islam ke seluruh alam," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Sheikh Yasir Al-Adni menyatakan hasrat berkenaan ketika mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Mohd Na'im di Putrajaya, semalam.
Mohd Na'im menyifatkan pertemuan itu sebagai satu sesi yang sarat dengan hikmah, keilmuan dan semangat ukhuwah Islamiah.
Dalam hantaran itu, beliau turut berkongsi mengenai menunaikan solat Jumaat bersama Sheikh Yasir Al-Adni dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Surau Ar-Rahim, Presint 15, Putrajaya, semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#semangat ukhuwah Islamiah
#Solat Jumaat
#medan ilmu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan