KOTA BHARU: Terpaksa makan hidupan liar seperti monyet dan ular untuk meneruskan kelangsungan hidup merupakan antara pengorbanan seorang wira negara dalam mempertahankan tanah air semasa misi membanteras komunis.
Menceritakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan itu, bekas komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Koperal Mohd Rani Hussin, 63, berkata beliau bersama hampir kira-kira 30 anggota rejimen yang menyertai Operasi Hentam Paksi di Hutan Bentong, Pahang pada 1982 untuk memburu ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.
Katanya, memandangkan Chin Peng serta konco-konconya sangat licik dan mahir dalam selok-belok hutan tebal, ia menyukarkannya dan pasukan walaupun menggunakan kesan tapak kaki komunis sebagai penunjuk arah untuk menjejaki kumpulan itu selain turut menerima maklumat daripada perisik operasi itu.
"Bagaimanapun, penunjuk arah serta maklumat risikan yang diperoleh itu seakan sia-sia apabila saya serta pasukan tidak berjaya menjejaki mereka sehingga operasi selama seminggu itu terpaksa dilanjutkan kepada dua minggu lagi.
"Disebabkan operasi itu menjadi semakin lama, ia menyebabkan bekalan makanan yang dibawa untuk seminggu telah habis sehingga kami terpaksa memakan apa sahaja demi kelangsungan hidup," katanya yang menamatkan kursus Pasukan Gerakan Khas selama tiga bulan pada 1978 di Kem Sungai Udang, Melaka.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pejabat Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVTTBM) Kelantan di Wakaf Che Yeh, di sini semalam.
Bercerita lanjut, bapa kepada lima anak yang berusia antara 18 hingga 35 tahun itu berkata perkara itu tidak menjadi masalah baginya serta ahli pasukan memandangkan mereka telah dilatih dan didedahkan dengan ilmu 'survival' untuk terus bertahan terutamanya ketika menyertai operasi bagi tempoh yang lama di hutan.
"Kami telah didedahkan dengan pelbagai ilmu dan teknik untuk terus bertahan sekiranya berlaku detik cemas mahupun keadaan di luar jangka termasuk membezakan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang selamat dimakan atau beracun.
"Segala ilmu yang diperoleh dan diajar ketika kursus itu saya gunakan dalam operasi tersebut yang mengambil masa selama tiga minggu sebelum ditamatkan kerana pasukan kami tidak dapat menjejaki ketua pengganas komunis ketika itu," katanya yang bersara pada 1990.
Mohd Rani yang juga Timbalan Presiden PVTTBM bagaimanapun berkata sepanjang berada di hutan itu beliau terpaksa berhati-hati kerana terdapat jerangkap samar termasuk 'booby trap' dipasang pihak musuh.
"Kami terpaksa berhati-hati kerana jika tersilap langkah, mungkin ada antara kami akan terkorban akibat terkena perangkap yang dipasang komunis itu," katanya.
Antara pencapaian Mohd Rani sepanjang berkhidmat dalam ATM adalah menerima anugerah Pingat Jasa Malaysia oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 7 Ogos 2016 dan terpilih sebagai Pejuang Tanah Air sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Negeri Kelantan 2022.
Beliau yang telah menyertai hampir 15 operasi dalam menentang komunis itu turut menasihatkan generasi muda kini supaya mengukuhkan perpaduan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama selain mencintai tanah air sepenuh hati.
"Anggota tentera kita telah bersusah payah terutama berdepan dengan komunis sehingga ada yang terkorban nyawa semata-mata untuk mempertahankan negara bagi mengecapi kemerdekaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022

Bekas anggota unit gerak khas atau komando Koperal Mohd Rani Hussin, 63, berkongsi pengalaman berkhidmat mempertahankan tanah air dalam misi membanteras komunis ketika ditemui pemberita di Pejabat PVTTBM semalam. - fotoBERNAMA

Konflik Gaza: UK henti rundingan perjanjian bebas dengan Israel
Setiausaha Luar Britain, David Lammy, mengumumkan United Kingdom menghentikan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan Israel.
'Kalau saya menang, saya mungkin mati terkejut' - Rafizi
Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli secara terbuka mengakui beliau akan kalah dalam pemilihan parti itu minggu ini, meskipun kempen berjalan dengan baik dan mendapat sokongan.
[TERKINI] Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.
Pemain warisan juga rakyat Malaysia, wajar disokong
Syarat ditetapkan adalah salah seorang ibu bapa pemain terbabit perlu memiliki kerakyatan Malaysia.
pelancongan Islam, seni dan industri halal jadi taruhan
Pengerusi MATA Datuk Khalid Harun menjangkakan 45 ribu pengunjung akan hadir ke penganjuran Witex dan Wcaf 2025 pada Ogos tidak lama lagi.
Azalina cadang pertimbang umur dinaikkan kepada 65 tahun
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.
Ugut rakan sebar video bogel, 2 remaja ditahan polis
indakan dua remaja lelaki memeras ugut seorang kenalan mereka dengan menggunakan video bogel mangsa akhirnya memakan diri apabila mereka diberkas polis di sebuah pusat beli-belah di Ampang, Ahad lalu.
6 individu termasuk 2 Datuk direman, terima rasuah kontrak
Enam individu termasuk dua penjawat awam bergelar Datuk yang memegang jawatan sebagai pengarah serta seorang jurutera sebuah jabatan kerajaan di ibu negara ditahan reman antara tiga hingga lima hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek pembangunan dan penyelenggaraan sejak empat tahun lalu.
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia
Seorang lagi jemaah haji meninggal dunia di Makkah pada Selasa akibat serangan jantung.
Ini adalah kematian ketiga melibatkan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci selepas Allahyarhamah Norizah Tambonan, 47, dan Abdullah Mat yang juga meninggal dunia akibat serangan jantung.
Ini adalah kematian ketiga melibatkan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci selepas Allahyarhamah Norizah Tambonan, 47, dan Abdullah Mat yang juga meninggal dunia akibat serangan jantung.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Mei 2025.

Panglima Angkatan Tentera garis empat teras panduan pemerintahan
Panglima Angkatan Tentera menggariskan empat teras sebagai panduan utama pemerintahan sepanjang tempoh beliau menerajui ATM.

PM Anwar harap tempoh gencatan senjata di Myanmar dilanjutkan
Anwar menekankan kepentingan gencatan senjata untuk memastikan bantuan kemanusiaan diberikan tanpa diskriminasi.

Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91
Sultan Ibrahim merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, bakti dan pergorbanan dicurahkan seluruh warga dan veteran TLDM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

Hospital Medan Malaysia di Myanmar jadi tumpuan
HMM dilengkapi 20 katil dan wad, bilik pembedahan, ICU, radiologi, makmal dan menawarkan kepakaran dalam pembedahan am dan ortopedik.

Pasukan perubatan ATM berlepas ke Myanmar hari ini, laksana misi hospital medan
Kedua-dua penerbangan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mandalay, Myanmar pada 7.30 pagi dan 8.00 pagi hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 April 2025.

LTAT aktifkan sukarelawan Jalinan Wira, perkukuh komitmen terhadap pencarum
Bagi menghargai jasa anggota ATM, serta selari aspirasi Malaysia Madani, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah mengaktifkan pasukan sukarelawan Jalinan Wira.

Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - Mohamed Khaled
Sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai projek meliputi peringkat perancangan, perolehan dan pelaksanaan.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.