awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Redzuan letak jawatan pengerusi Boustead Holdings

Bernama
Bernama
10/01/2023
13:44 MYT
Mohd Redzuan letak jawatan pengerusi Boustead Holdings
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif Boustead Holdings Bhd untuk meneruskan minat lain berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif Boustead Holdings Bhd untuk meneruskan minat lain berkuat kuasa hari ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Boustead berkata Mohd Redzuan, 65, dilantik pada 3 Jan, 2022 dan sebelum itu beliau berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dari 2018 hingga 2020 dan kemudiannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dari 2020 hingga 2021.
Mohd Redzuan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejuruteraan Awam dari University of Leeds, United Kingdom dan memulakan kerjaya cemerlangnya sebagai jurutera dengan Esso Malaysia Sdn Bhd dan kemudiannya berkhidmat di Petronas Carigali Sdn Bhd.
Boustead turut mengumumkan peletakan jawatan pengarah bebas dan bukan eksekutif Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi; dan pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif Senator Datuk Seri Zurainah Musa, 61, berkuat kuasa 10 Jan, 2023.
Nonee Ashirin, 51, juga adalah Pengerusi Global Turbine Asia Sdn Bhd.
-- Bernama
Topic Berkaitan
#Mohd Redzuan Md Yusof
#letak jawatan
#pengerusi
#Boustead Holdings Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan