awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohon peruntukan RM19 juta kawal gangguan gajah liar

Bernama
Bernama
05/09/2015
13:46 MYT
Mohon peruntukan RM19 juta kawal gangguan gajah liar
Gajah-gajah dijamu dengan hidangan yang lazat sempena Sambutan Hari Gajah Sedunia di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah hari ini. - Foto Bernama
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memohon peruntukan RM19 juta untuk usaha mengawal ancaman dan gangguan gajah dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), kata Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, RM12 juta adalah untuk Program Mitigasi Konflik Manusia-Gajah Berasaskan Komuniti dan Program Komuniti Sistem Pagar Elektrik Gajah (Spegkom).
Spegkom melibatkan 10 lokasi di Johor, Kedah, Pahang, Kelantan dan Terengganu dan set sistem pagar elektrik gajah mudah alih akan dibekalkan dan dipantau oleh penduduk kampung yang terlibat dengan diberikan dana, kata beliau.
"Kerja-kerja penyelenggaraan Spegkom dijalankan oleh komuniti berdasarkan persetujuan komuniti dan akan didokumentasikan untuk menjamin kebertanggungjawaban pihak yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Gajah Sedunia di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang dekat sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Datuk Azizan Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Rasid Samsudin dan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Wan Junaidi berkata, baki RM7 juta lagi adalah untuk pelaksanaan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (Necap) melibatkan program untuk kesejahteraan rakyat bebas gangguan gajah.
Ia juga meliputi program mengarusperdanakan konservasi gajah, kajian populasi gajah, program memantau pembunuhan gajah secara haram (Mike) dan sistem amaran awal, katanya.
Wan Junaidi juga memaklumkan anggaran jumlah gajah di semenanjung Malaysia buat masa ini hanya antara 1,220 hingga 1,680 ekor manakala lebih 2,000 ekor dianggarkan berada di Sabah.
"Pengurangan bilangan gajah adalah disebabkan dua faktor utama iaitu kegiatan pemburuan haram dan kawasan habitat yang berkurangan disebabkan pembukaan tanah untuk tujuan pembangunan, pertanian dan juga pembalakan termasuk yang dilakukan secara haram," katanya.
Sehubungan itu, Wan Junaidi berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan dakwaan gading gajah mempunyai nilai perubatan dan tidak pernah disokong sains perubatan, kerana ia merupakan antara faktor yang menyebabkan berlakunya aktiviti pemburuan haram.
Beliau juga mengingatkan masyarakat untuk tidak menyimpan gading gajah termasuk bagi tujuan perhiasan kerana perbuatan itu adalah salah mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Dalam usaha pemuliharaan gajah, Wan Junaidi berkata kerajaan telah mewujudkan PKGK pada tahun 1989 dan setakat ini, sebanyak 802 gajah telah dipindahkan ke pusat itu, dengan anggaran kos pemindahan seekor gajah adalah sekitar RM50,000.
Selain menumpukan kepada pengurusan rawatan dan penyelidikan, PKGK turut menjadi destinasi pelancongan selepas dibuka kepada orang ramai pada tahun 2000 dengan purata kedatangan pelancong seramai 162,250 orang setahun.
Topic Berkaitan
#gajah
#Gandah
#Mike
#Necap
#Program Mitigasi Konflik Manusia-Gajah
#RMK-11
#Spegkom
#Wan Junaidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan