awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOM, UPSI bincang kerjasama dalam pendidikan sukan

Bernama
Bernama
29/11/2022
02:00 MYT
MOM, UPSI bincang kerjasama dalam pendidikan sukan
Moira Tan Siew See (kanan) menyerahkan Manual Pentadbiran Sukan kepada Jaffry Zakaria. - Foto Facebook/Olympic Council of Malaysia
KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sedang berbincang dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menjalin kerjasama dalam pendidikan sukan dan program latihan.
Penolong Setiausaha merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Latihan MOM Moira Tan Siew See berkata buat permulaan, badan sukan itu akan melibatkan diri dengan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan.
"Ia adalah bagi menganjurkan sesi Kursus Pentadbir-Pentadbir Sukan (SAC) kepada pelajar tahun akhir yang mengambil jurusan Pengurusan Sukan pada 2023 sebagai sebahagian daripada inisiatif Pergerakan Olimpik kami di Perak.
"Bagi pihak MOM dan Presiden kami iaitu Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada UPSI sempena ulang tahun universiti itu yang ke-100 pada Selasa," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.
Dekan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan Jaffry Zakaria pula berkata universiti itu tidak sabar untuk berganding bahu dengan MOM dalam inisiatif berkaitan sukan dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Olimpik Malaysia
#UPSI
#Moira Tan Siew See
#Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan