TANJUNG SEPAT: Kerajaan menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mewujudkan satu pasukan pemantauan secara rondaan di lokasi titik panas yang berisiko mengalami bencana sepanjang tempoh Monsun Barat Daya.
Monsun Barat Daya yang bermula sejak pertengahan Mei lepas dan dijangka berterusan sehingga September ini, menyebabkan berlaku taburan hujan lebih rendah di kebanyakan tempat dalam tempoh itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata berkata pasukan pemantauan yang diwujudkan sejak 26 Mei lalu menerusi Op Ramah itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat serta informasi tentang risiko bencana bakal dihadapi.
"Op Ramah melibatkan seramai 427 anggota bantuan tambahan APM tidak termasuk 10,510 anggota tugasan harian kecemasan dan bencana," katanya kepada pemberita selepas tinjauan Op Ramah di sekitar Tanjung Sepat, hari ini.
Beliau berkata setakat 10 Julai lalu, sebanyak 2,072 aduan melibatkan kes antaranya pembakaran terbuka, pelupusan sampah dan pencemaran sungai yang diperoleh daripada anggota sukarela telah disalurkan terus kepada agensi yang berkaitan untuk tindakan.
Beliau berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia), Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah antara agensi yang memberi respons terhadap kes yang dilaporkan.
Pada masa sama, katanya semua pihak perlu mempunyai kemahiran pengurusan bencana dengan berpandukan kepada program pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti (CBDRM) yang merupakan latihan bagi memperkasa masyarakat dalam menghadapi bencana melalui strategi persediaan, pemantauan, tindakan dan pemulihan.
"Kemahiran asas (perlu ada pada) masyarakat terutama berhadapan dengan sesuatu bencana agar mereka tahu (bertindak) tanpa menunggu bantuan agensi kerajaan sebelum bencana dan risiko itu menjadi lebih besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Datuk Armizan Mohd Ali berkata berkata pasukan pemantauan yang diwujudkan sejak 26 Mei lalu menerusi Op Ramah itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat serta informasi tentang risiko bencana bakal dihadapi. - Gambar fail/BERNAMA
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
METMalaysia diarahkan perbaiki kekerapan amaran cuaca
Langkah ini bertujuan memastikan kemas kini lebih kerap dikeluarkan semasa tempoh cuaca melampau yang dijangka berlaku.
Monsun Barat Daya: Panggilan kebakaran terbuka di empat negeri meningkat
Jumlah panggilan kes kebakaran terbuka di empat negeri iaitu Perak, Selangor, Johor dan Sarawak mencatatkan peningkatan mendadak melebihi 100 panggilan sehari pada minggu lepas.
Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga
Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga September.
Fasa peralihan monsun bermula Selasa ini - MetMalaysia
Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada Selasa ini dan berterusan sehingga November.
Monsun Barat Daya: APM wujud pasukan khas, pantau risiko bencana
Kerajaan menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mewujudkan satu pasukan pemantauan secara rondaan di lokasi titik panas yang berisiko mengalami bencana sepanjang tempoh Monsun Barat Daya.
Negara dijangka alami El Nino lemah bermula bulan ini - Nik Nazmi
Negara dijangka mengalami fenomena El Nino lemah bermula bulan ini dan meningkat ke tahap sederhana pada November depan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad
Bersediakah kita hadapi El Nino?
Malaysia kini sudah pun terkena tempias angin Monsun Barat Daya yang terhasil daripada tekanan tinggi dari benua Australia.
KKM laksana persiapan hadapi Monsun Barat Daya, El Nino
KKM telah menggerakkan persiapan rapi di semua fasiliti kesihatan peringkat negeri dan pusat bagi menghadapi kesan Monsun Barat Daya serta fenomena El Nino.
Monsun Barat Daya dijangka bermula 15 Mei - MetMalaysia
Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.
Fasa Peralihan Monsun dijangka mula 3 Oktober hingga November
Fasa Peralihan Monsun di negara ini dijangka bermula pada 3 Okt hingga November ini.