SANDAKAN: Kerajaan menjangkakan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda negara kali ini lebih serius berbanding yang lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata indikator awal terhadap keadaan monsun kali ini berdasarkan jumlah pemindahan mangsa akibat bencana yang kini pada tahap 67 peratus dalam tempoh sebulan berbanding jumlah keseluruhan mangsa dipindahkan pada MTL lepas.
"Jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) adalah 121,864 orang iaitu 67 peratus berbanding jumlah keseluruhan sebelum ini.
"Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melakukan pemantauan 24 jam sepanjang tempoh MTL ini yang bermula November lepas hingga Mac depan," katanya kepada pemberita selepas meninjau Kampung Forest di sini, yang terjejas akibat fenomena air pasang besar sejak malam Sabtu lepas.
Bagi Sabah pula, Armizan berkata meskipun ramalan cuaca luruan kedua monsun sepatutnya berakhir hari ini, semakan terhadap laporan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan masih pada tahap waspada hingga 31 Dis ini.
Mengenai fenomena air pasang besar di negeri ini, beliau menghargai kecekapan jabatan dan agensi terlibat menyelamatkan nyawa sebelum bencana yang dibawa oleh fenomena itu berlaku.
Menurutnya kerajaan akan menilai syor dan cadangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah khususnya di Sandakan, mengenai keselamatan Kampung Forest sebagai tempat tinggal penduduk.
Katanya mangsa seramai 705 orang daripada 126 keluarga yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2, setakat ini tidak mempunyai rumah untuk kembali memandangkan fenomena air pasang besar telah menyebabkan lebih 100 rumah di atas air di kampung itu roboh.
Armizan berkata antara cadangan penyelesaian sementara ialah untuk menempatkan mereka di PPS untuk tempoh lebih lama.
Pada malam Sabtu lepas, sebanyak 70 rumah roboh akibat fenomena itu, manakala 38 lagi pada keesokan malamnya dan terbaharu, Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek memaklumkan dua lagi rumah roboh kira-kira 1 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2022
Armizan berkata indikator awal terhadap keadaan monsun kali ini berdasarkan jumlah pemindahan mangsa akibat bencana yang kini pada tahap 67 peratus dalam tempoh sebulan.- Gambar/ Bernama
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas
Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan dalam penggunaan elektrik dan gas semasa musim banjir yang melanda negara ketika ini.
Lebih 3,000 penuntut IPTA terjejas banjir - Zambry
Sebanyak 3,029 penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) terjejas akibat banjir setakat ini dengan 481 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir Kelantan: Sembilan balai polis terjejas - Ahmad Zahid
Tahap keselamatan di Kelantan tidak terkesan dan tetap diutamakan meskipun sembilan balai polis di Pasir Mas dan Tumpat terjejas akibat banjir.
Banjir: 20 jalan Persekutuan di Kelantan ditutup - JKR
Sebanyak 20 jalan Persekutuan membabitkan enam jajahan di Kelantan telah ditutup setakat ini, susulan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.
Nadma diarah hantar lebihan khemah ke Kelantan - Ahmad Zahid
Nadma diarahkan untuk menghantar lebihan khemah di negeri lain untuk keperluan PPS di Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Banjir: Cuti Jemaah Menteri dibekukan - PM Anwar
Cuti semua Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.
Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Banjir memburuk, kini sembilan negeri terjejas, mangsa meningkat lebih 85,000
Situasi banjir di negara ini semakin memburuk dengan tiga lagi negeri dilaporkan mula terjejas iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menjadikan keseluruhan sembilan negeri terkesan.