KUALA LUMPUR: Sebanyak 24,283 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) siap siaga menghadapi musim Monsun Timur Laut dijangka berlaku pada November ini hingga Mac 2024.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Ahmad Irzam Osman berkata kesiapsiagaan anggota melibatkan latihan pengukuhan pengendalian bot, latihan pasukan penyelamat di air dan kemahiran Swift Water Rescue.
''Selain itu, pemeriksaan aset seperti bot penyelamat dan peralatan marin turut dilakukan bagi memastikan aset berada dalam keadaan baik.
"Cuti bagi anggota juga akan dibekukan mengikut keperluan dan waktu bekerja giliran pegawai dan anggota akan ditukar daripada 12 jam kepada 24 jam bergantung kepada keadaan semasa bagi memastikan keanggotaan operasi di lapangan mencukupi," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Ahmad Izram berkata JBPM sebelum ini telah mengenal pasti 4,795 lokasi berisiko banjir di seluruh negara dengan Sarawak mencatatkan bilangan kawasan tertinggi iaitu 1,034 lokasi diikuti Kelantan (595), Pahang (554), Sabah (520), Johor (432), Selangor (307).
Selain itu, sebanyak 281 lokasi dikenal pasti di Pulau Pinang, Perak (265), Terengganu (262), Kedah (228), Melaka (124), Negeri Sembilan (92), Kuala Lumpur (35) dan Wilayah Persekutuan Labuan (18).
Sementara itu, Pengarah JBPM Pahang, Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata hanya 20 peratus daripada 900 anggota di negeri itu dibenarkan untuk mengambil cuti bergantung kepada situasi semasa bagi menghadapi fasa Monsun Timur Laut.
"Pada dasarnya aset di Pahang mencukupi dan jika berlaku banjir besar contohnya pada 2020 dan 2021, kita akan menggunakan aset dari negeri lain yang tidak terjejas dengan banjir," katanya.
Selain itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Kelantan Mohd Wildan Azhari berkata 1,250 anggota berada dalam keadaan siap siaga dan tindakan membekukan cuti akan dilaksanakan sekiranya berlaku situasi banjir luar biasa pada musim tengkujuh kali ini.
''Setakat ini aset di Kelantan mencukupi dan berada dalam keadaan baik bagi membantu misi menyelamat...kita ada 11 lori lima tan, 60 bot pelbagai jenis seperti fiber dan aluminium dan 40 kenderaan pacuan empat roda," katanya.
Mohd Wildan turut menasihati orang ramai untuk sentiasa peka dan bersiap sedia menghadapi fasa peralihan monsun dengan mengetahui lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya berlaku kecemasan dan dokumen penting berada dalam keadaan selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023
JBPM mengenal pasti 4,795 lokasi berisiko banjir di seluruh negara dengan Sarawak mencatatkan bilangan kawasan tertinggi iaitu 1,034 lokasi diikuti Kelantan (595) dan Pahang (554). - Gambar fail
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
[TERKINI] Tengku Zafrul akan umum kedudukan dalam masa terdekat
Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas
Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan dalam penggunaan elektrik dan gas semasa musim banjir yang melanda negara ketika ini.
Lebih 3,000 penuntut IPTA terjejas banjir - Zambry
Sebanyak 3,029 penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) terjejas akibat banjir setakat ini dengan 481 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir Kelantan: Sembilan balai polis terjejas - Ahmad Zahid
Tahap keselamatan di Kelantan tidak terkesan dan tetap diutamakan meskipun sembilan balai polis di Pasir Mas dan Tumpat terjejas akibat banjir.
Banjir: 20 jalan Persekutuan di Kelantan ditutup - JKR
Sebanyak 20 jalan Persekutuan membabitkan enam jajahan di Kelantan telah ditutup setakat ini, susulan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.
Nadma diarah hantar lebihan khemah ke Kelantan - Ahmad Zahid
Nadma diarahkan untuk menghantar lebihan khemah di negeri lain untuk keperluan PPS di Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Banjir: Cuti Jemaah Menteri dibekukan - PM Anwar
Cuti semua Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.
Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Banjir memburuk, kini sembilan negeri terjejas, mangsa meningkat lebih 85,000
Situasi banjir di negara ini semakin memburuk dengan tiga lagi negeri dilaporkan mula terjejas iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menjadikan keseluruhan sembilan negeri terkesan.