Tempoh bayaran moratorium yang bakal berakhir pada September akan dilanjutkan sehingga Disember 2020.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan lanjutan moratorium tiga bulan bagi individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan impak daripada penularan pandemik COVID-19 dan yang selebihnya kerajaan akan melaksanakan pendekatan bersasar.
"Bagi individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun ini dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, mereka akan menikmati moratorium lanjutan bersasar untuk tempoh tiga bulan," katanya.
Muhyiddin berkata, selepas tiga bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing.
"Keputusan ini dicapai selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Gabenor Bank Negara Malaysia," katanya semasa Perutusan Khas Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar di Putrajaya pada Rabu.
Syarat-syarat buat individu atau PKS yang layak:
* Individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas akan menikmati bayaran ansuran bulanan selaras dengan kadar pengurangan gaji bergantung jenis pinjaman.
* Individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat COVID-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman.
Contohnya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji. Bantuan ini adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu berkenaan.
* Bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank telah menawarkan pilihan penjadualan ansuran bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli.
Sehingga 20 Julai 2020, lebih 7.7 juta peminjam individu atau 93 peratus daripada kesemua peminjam telah mendapat manfaat daripada moratorium bayaran pinjaman yang bernilai RM38.3 bilion, menurut data Bank Negara.
Dalam tempoh yang sama, sejumlah 243,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau 95 peratus daripada keseluruhan peminjam PKS telah menerima manfaat daripada moratorium dengan nilai RM20.7 bilion.
Manakala jumlah peminjam individu yang meneruskan bayaran ansuran pinjaman dan tidak mengambil kemudahan moratorium meningkat kepada 331,000 peminjam pada April kepada 601,000 peminjam pada Julai.
Muhyiddin turut memberi jaminan memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah bakal memanfaatkan tiga juta individu dan PKS.
"Sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya," katanya.
Justeru, peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing bagi membuat permohonan itu mulai 7 Ogos ini.
"Dengan pengumuman ini, saya harap Makcik Kiah, Pak Salleh, Encik Lee, Puan Rani, Encik Douglas dan semua rakyat Malaysia dapat menarik sedikit nafas lega sementara kerajaan dan pihak industri berusaha untuk memulihkan semula ekonomi negara kita," katanya lagi.
Fareez Azman
Wed Jul 29 2020

Muhyiddin mengumumkan lanjutan tempoh Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar pada Rabu. - fotoBERNAMA

Harga padi: Pesawah masih terima RM1,700 per tan, subsidi RM500 satu tan - Mohamad Sabu
Pesawah masih mendapat RM1,700 satu tan bagi harga jualan padi mereka memandangkan kerajaan kekal memberikan subsidi RM500 bagi setiap tan padi.
AWANI 7:45 [04/10/2023] - Hantar surat atas arahan Perdana Menteri | Jerebu rentas sempadan | Jangka menurun 2.6 peratus tahun depan | Jualan bawah harga siling
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia hantar surat kepada Indonesia, jerebu rentas sempadan
2. Jangan nafi jerebu dari Indonesia, ASMC ada data
3. Paras inflasi dijangka 3.2 peratus sehingga akhir tahun
4. Dalam tempoh dua hari, Kabinet buat keputusan subsidi telur dan ayam
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia hantar surat kepada Indonesia, jerebu rentas sempadan
2. Jangan nafi jerebu dari Indonesia, ASMC ada data
3. Paras inflasi dijangka 3.2 peratus sehingga akhir tahun
4. Dalam tempoh dua hari, Kabinet buat keputusan subsidi telur dan ayam

MOSTI giat galakkan pertumbuhan hab teknologi di Malaysia Timur
MOSTI giat dalam usaha menggalakkan pertumbuhan hab teknologi di Malaysia Timur menerusi penyediaan latihan, sumber dan bimbingan untuk usahawan teknologi baharu.

Malaysia komited bekerjasama dalam kerangka ASEAN bagi usaha sifar bersih - Nik Nazmi
Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan negara Asean lain, serta peserta industri, pembiaya, dan usahawan teknologi, untuk masa depan yang holistik dan mampan bagi rantau ini.

Dua stesen di Sarawak rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 4 petang - JAS
Hanya dua daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu di Sri Aman dan Serian, Sarawak setakat 4 petang ini.
AWANI Ringkas: Jerebu rentas sempadan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Ringankan beban rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Op BPT periksa pengilang, pemborong padi dan beras bermula hari ini
Pemeriksaan di peringkat pengilang dan pemborong padi dan beras di seluruh negara menerusi Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (OP BPT) bermula hari ini.
Malaysia semakin hampiri sasaran 27 pingat
Tiada tambahan pingat buat kontinjen Malaysia dalam saingan Sukan Asia Hangzhou 2022 untuk hari ini.
Begitupun, atlet negara kini semakin menghampiri sasaran 27 pingat dengan beberapa acara melibatkan atlet kebangsaan dijadualkan pada Khamis.
Untuk butiran lanjut, kita bersama wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam dari Hangzhou, China.
Begitupun, atlet negara kini semakin menghampiri sasaran 27 pingat dengan beberapa acara melibatkan atlet kebangsaan dijadualkan pada Khamis.
Untuk butiran lanjut, kita bersama wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam dari Hangzhou, China.
Mesyuarat Kabinet tidak sentuh mengenai rombakan
Datuk Seri Khaled Nordin, yang juga Naib Presiden UMNO berkata, mesyuarat jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak menyentuh mengenai rombakan Kabinet.

Moratorium dilanjut sehingga Disember, kali ini bersasar - PM
Tempoh bayaran moratorium yang bakal berakhir pada September akan dilanjutkan sehingga Disember 2020.