Mahkamah Mesir pada Sabtu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas presiden negara itu, Mohamed Morsi yang disabitkan atas kesalahan mengintip.
Keputusan turut menjatuhkan hukuman mati terhadap enam lagi tertuduh bersama yang didakwa diatas kesalahan yang sama.
Menurut peguam Morsi, untuk hukuman penjara seumur hidup, Morsi didapati bersalah kerana memimpin organisasi yang tidak sah, manakala hukuman penjara 15 tahun lagi kerana bersalah ‘mencuri dokumen rahsia berkaitan keselamatan negara’.
Morsi yang sebelum ini dijatuhkan hukuman mati bagi pendakwaan berasingan, adalah presiden pertama Mesir yang dilantik secara demokratik, namun disingkirkan dari jawatannya pada 2013 oleh tentera.
Mereka yang dihukup mati, didapati bersalah kerana memberikan dokumen rahsia kepada Qatar. Antaranya adalah tiga wartawan, dua darinya dari stesen televisyen Al-Jazeera.
Stesen TV itu dalam satu kenyataan mengutuk hukuman itu dan menganggap keputusan dipengaruhi unsur politik.
Kerajaan Qatar dalam reaksinya menganggap hukuman sebagai berlandaskan perkara yang tiada asasnya, tidak benar dan boleh diragui.
AFP
Sun Jun 19 2016
![Morsi dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengintip Morsi dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengintip](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51466304273_MohamedMorsi.jpg)
Morsi yang sebelum ini dijatuhkan hukuman mati bagi pendakwaan berasingan, adalah presiden pertama Mesir yang dilantik secara demokratik. - Foto AFP / MOHAMED EL-SHAHED
Utara Israel teruk terima serangan balas Hezbollah
Pasukan kecemasan Israel pada Jumaat bertungkus lumus memadamkan kebakaran di Kiryat Shmona yang teruk diserang Hezbollah. Serangan itu dilakukan menerusi serangan udara iaitu misil serta dron yang dilancarkan dari selatan Lubnan dengan sasarannya ditujukan ke bandar yang terletak di utara Israel itu.
Setahun berlalu, jawapan dan keadilan masih menjadi tanda tanya
Mangsa-mangsa yang terkesan akibat tragedi kapal karam yang berlaku di Greece masih mencari keadilan dan jawapan tentang punca insiden itu.
Polis cemas, nyawa hampir melayang ketika bertugas
Seorang anggota polis wanita yang sedang bertugas hampir menemui ajal selepas sebuah motosikal secara tiba-tiba merempuh kenderaan yang digunakannya melakukan rondaan sehingga terlajak mengenai dirinya. Akibat daripada impak luruan laju motosikal itu, anggota wanita terjatuh sebelum sempat melarikan diri.
Jasad 45 mangsa kebakaran dibawa pulang ke India
Jasad kesemua 45 mangsa warga India yang terkorban akibat kebakaran dahsyat di Kuwait dibawa pulang ke kampung halaman mereka di New Delhi pada Jumaat. Kesemua mereka adalah pekerja di fasiliti perumahan di Kuwait yang terbakar.
Kemalangan jiwa yang besar serta menyayat hati itu telah membuka mata orang ramai yang meminta kerajaan India melipat gandakan usaha serta memperhalusi hak para pekerjanya di luar negara dan cara yang terbaik yang boleh dilakukan untuk rakyatnya mencari rezeki di luar serta alternatif lain untuk mereka mengirim wang buat keluarga.
Kemalangan jiwa yang besar serta menyayat hati itu telah membuka mata orang ramai yang meminta kerajaan India melipat gandakan usaha serta memperhalusi hak para pekerjanya di luar negara dan cara yang terbaik yang boleh dilakukan untuk rakyatnya mencari rezeki di luar serta alternatif lain untuk mereka mengirim wang buat keluarga.
Akta gugur anak di Brazil undang tentangan rakyat
Usul kontroversi berkaitan akta pengguguran anak di Brazil mengundang tentangan rakyat negara itu yang melihat ia sebagai menindas hak wanita serta akses golongan ini terhadap fasiliti kesihatan.
The Experts ditayang di Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2024
Diletakkan di bawah segmen ‘The Belt and Road Film Week’, filem itu bakal ditayangkan di beberapa lokasi termasuk di Shanghai, Nanjing, Suzhou, Hangzhou, Ningbo serta Hefei, China.
Bergelut dengan ekonomi, sambutan Aidiladha kurang meriah
Perayaan Hari Raya Aidiladha untuk rakyat Tunisia tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelum ini akibat terbeban dengan ekonomi yang semakin teruk.
Harga kambing, khususnya, telah mencanak naik sekitar 25 peratus disebabkan faktor kemarau dan kos makanan ternak yang meningkat.
Harga kambing, khususnya, telah mencanak naik sekitar 25 peratus disebabkan faktor kemarau dan kos makanan ternak yang meningkat.
Majikan perlu semak tangga gaji kakitangan sektor
Ketika penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji melebihi 13 peratus, majikan diminta untuk menyemak tangga gaji sektor swasta dalam memperkasakan kesejahteraan pekerja.
MITA umum harga sewa bas, van persiaran naik 20 peratus
Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (Mita) mengumumkan kenaikan 20 peratus harga penyewaan bas dan van persiaran bermula Isnin ini.
Dua anggota polis terbunuh, tiga cedera dinaikkan pangkat
Dalam satu majlis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada Jumaat, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, dianugerahkan pangkat koperal secara posthumous.
![Bukit Aman serbu pejabat Al-Jazeera, rampas beberapa peralatan Bukit Aman serbu pejabat Al-Jazeera, rampas beberapa peralatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81595033093_AlJazeera.jpg)
Bukit Aman serbu pejabat Al-Jazeera, rampas beberapa peralatan
Polis telah menjalankan serbuan terhadap pejabat agensi media antarabangsa Al-Jazeera selain turut merampas beberapa peralatan.