KOTA TINGGI: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memperhalusi dan meneliti garis panduan sedia ada untuk penerbangan dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) di negara ini.
Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata perkara tersebut akan dibincang bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta pihak berkaitan dalam penerbangan termasuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Beliau berkata ketika kini terdapat tiga pusat pengujian teknologi dron di negara iaitu di Pusat Kecemerlangan Area 57 di Taman Teknologi Malaysia (TPM) Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Zon dron dan robotik Iskandar - DRZ Iskandar di Medini serta Felda Mempaga, Pahang.
"Sebab itu kita bangunkan tapak pengujian dron di tiga lokasi ini supaya kita dapat lihat cabaran dan usaha yang perlu dipertingkat dari semasa ke semasa.
"Walaupun kita tahu peraturan ini dikawal oleh CAAM tetapi kita perlu tahu juga pemain dron perlu ada keluasan sama ada untuk rekreasi, pemantauan pertolongan, perniagaan dan sebagainya. Jadi, ini yang perlu kita selesaikan tahun ini dan kita akan bawa ke Kabinet untuk berbincang dengan MOT, MOSTI, MITI serta beberapa pihak dalam penerbangan awam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pembangunan Kerjaya dan Teknologi Dron Generasi Muda Malaysia di Bandar Tenggara di sini hari ini.
Selain itu, Dr Adham berkata MOSTI menyasarkan seramai 1,000 juruterbang dron akan dihasilkan tahun ini sejajar perkembangan teknologi dron yang pantas.
Menurut Dr Adham, MOSTI juga akan berbincang dengan Kementerian Pelajaran (KPM) sebagai usaha memperkenalkan teknologi dron di peringkat sekolah rendah dan menengah.
"Kita akan berbincang dengan KPM mengenai penyertaan pelajar untuk memahami asas teknologi pada masa depan.
"Kita ada menjalin kerjasama dengan Kelab Remaja Udara Malaysia (KRUM), Majlis Belia Malaysia di samping syarikat korporat yang sanggup tampil untuk pastikan kita popularkan dron di peringkat sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 22 2022
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memperhalusi dan meneliti garis panduan sedia ada untuk penerbangan dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) di negara ini. - Foto BERNAMA
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
MOSTI dapati kadar penembusan modal teroka Malaysia naik 0.25-0.35 peratus menjelang 2030
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengunjurkan kadar penembusan modal teroka Malaysia meningkat 0.25 hingga 0.35 peratus dan bernilai sekitar US$1.4 bilion (US$1=RM4.7) menjelang 2030.
Ekonomi hidrogen berpotensi jana pendapatan RM12 bilion menjelang 2030 - MOSTI
Fokus utama MOSTI ketika ini adalah untuk mempertingkatkan permintaan, penggunaan dan juga penjanaan hidrogen hijau.
MOSTI pastikan teknologi dan inovasi negara selaras perkembangan ekonomi
MOSTI akan memastikan pelaksanaan pelbagai inisiatif sains, teknologi dan inovasi negara berada pada landasan tepat selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
Garis panduan, kod etika guna AI siap 90 peratus - MOSTI
Garis panduan governan dan kod etika bagi teknologi kecerdasan buatan (AI) sudah memasuki fasa akhir pembangunan dengan status pencapaian 90 peratus.
KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox
KKR dengan kerjasama MOSTI akan melaksanakan program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar yang bakal menyelesaikan pelbagai isu.
MOSTI bakal lancar Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan - Lih Kang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melancarkan Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan (AIGE) dalam masa terdekat.
MOSTI bentang kerangka penuh kod etika AI suku pertama 2024 - Chang
MOSTI dijangka membentangkan kerangka penuh berkaitan kod etika kecerdasan buatan (AI) pada suku pertama tahun depan.
MySains permudah cara usaha promosi STI - Chang
MySains ditubuhkan sebagai satu kerjasama berpusat dalam kalangan institusi pembelajaran sains bukan formal yang bertindak sebagai pemudah cara dalam usaha mempromosikan STI.