awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoT, MAHB bincang naik taraf Lapangan Terbang Sandakan - Anthony

Seth Akmal
Seth Akmal
05/11/2025
02:50 MYT
MoT, MAHB bincang naik taraf Lapangan Terbang Sandakan - Anthony
Anthony berkata penambahbaikan itu termasuk penambahan dua jejantas udara (aerobridge) serta peluasan balai ketibaan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MoT) kini dalam perbincangan dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk melaksanakan projek penambahbaikan di Lapangan Terbang Sandakan, termasuk penambahan dua jejantas udara (aerobridge) dan peluasan balai ketibaan yang semakin sesak pada waktu puncak.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata usaha menaik taraf itu bertujuan meningkatkan keselesaan dan kecekapan operasi lapangan terbang, selaras dengan keperluan semasa.
“Kementerian sedang berbincang dengan MAHB selaku pengendali lapangan terbang untuk melaksanakan projek penambahbaikan, termasuk penambahan aerobridge dan kemungkinan membesarkan balai ketibaan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Vivian Wong Shir Yi (PH-Sandakan) di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Anthony, projek tersebut dijangka dapat dilaksanakan dengan lebih pantas melalui peruntukan daripada Dana Pembangunan Lapangan Terbang (Airport Development Fund, ADF), yang ditubuhkan selepas perjanjian operasi baharu antara kerajaan dan MAHB dimuktamadkan hampir dua tahun lalu.
“Dengan adanya ADF, projek penaik tarafan yang tidak melibatkan kos besar boleh dilaksanakan secara lebih fleksibel dan berkesan,” tambah beliau.
Langkah ini dilihat sebagai respons kepada peningkatan jumlah penumpang dan keperluan infrastruktur yang lebih baik di lapangan terbang utama Sabah itu.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Kementerian Pengangkutan
#Sandakan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan