KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan kemasukan 16.1 juta pelancong asing dengan RM49.2 bilion pendapatan pelancongan tahun ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Tiong King Sing berkata bagi menjayakan sasaran itu serta Pelan Pemulihan Pelancongan 2023, MOTAC telah meminta bantuan peruntukan daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi meningkatkan promosi dan imej produk pelancongan negara.
"Kita dah minta bantuan MOF dengan tumpuan pasaran dikenal pasti melibatkan negara ASEAN, Timur Tengah, China, India dan juga Eropah, tertakluk kepada Belanjawan 2023.
"Kita juga akan cuba yang terbaik bagi memudahkan perjalanan keluar masuk pelancong asing seperti penggunaan visa ketibaan, visa kemasukan berbilang, , e-visa dan visa transit," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata MOTAC juga akan mengadakan kerjasama rentas kementerian bersama MOF, Kementerian Ekonomi, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan bagi merancakkan sektor pelancongan.
Tiong berkata ini termasuk dalam meningkatkan ketersambungan kepada lokasi produk pelancongan dan pertambahan kapasiti tempat duduk penerbangan antarabangsa.
"Ketika ini, kita ada 720,000 tempat duduk, jadi kita akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk minta tambah jadual penerbangan atau adakan penerbangan charter daripada second line city," katanya.
Dalam pada itu, Tiong berkata pihaknya akan memastikan setiap produk pelancongan sedia ada di negara ini diselenggara dengan baik bagi memastikan pelancong mempunyai pengalaman percutian terbaik.
"Kita juga akan berusaha wujudkan produk pelancongan baharu selain menyediakan peruntukan yang mencukupi juga bersesuaian.
"Produk ekopelancongan, pelancongan luar bandar termasuk inap desa dan hasil kraftangan akan diperkukuh bagi memastikan ekonomi usahawan luar bandar mendapat manfaat dan secara langsung sebagai persiapan kita menyambut Tahun Melawat Malaysia 2025," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023
MOTAC telah meminta bantuan peruntukan daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi meningkatkan promosi dan imej produk pelancongan negara. - Gambar fail
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima pemakluman Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
STB menyasarkan 580,000 pelancong Indonesia tahun ini, dengan Sarawak menerima 540,000 pelancong setakat Oktober lalu.
Yuran masuk ke Istana Himeji Jepun meningkat lebih dua kali ganda untuk bukan pemastautin
Kerajaan tempatan Himeji di Wilayah Hyogo, akan mengemukakan rang undang-undang pada Mac untuk menaikkan harga tiket dewasa.
ERL, Tourism Malaysia meterai MOC, promosi VM2026 dan lancarkan perjalanan pelancong
ERL dan Tourism Malaysia akan bekerjasama untuk mempromosikan KL TravelPass, satu tiket bagi semua pengangkutan dan tawaran lain melalui pelbagai saluran digital.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
MIDF Amanah unjur pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia pada 5.3 peratus
KDNK Malaysia bagi suku ketiga 2024 dijangka berkembang pada 5.3 peratus tahun ke tahun dipacu oleh pertumbuhan berterusan penggunaan domestik.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam
Tourism Malaysia lancar Malaysia Midnight Sale 2024 di Johor Bahru bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berbelanja dan bermalam di Johor.
Pelancong Jepun terlibat nahas bas di Taiping meninggal dunia
Polis berkata wanita berusia 73 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam semalam ketika dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.
Kemboja catat 4.8 juta pelancong antarabangsa dalam 9 bulan pertama 2024
Jumlah itu mencapai 99.7 peratus daripada angka pada sembilan bulan pertama 2019, sebelum era pandemik COVID-19.