KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan meneliti dan menyemak semula kelayakan syarikat agensi pelancongan terutamanya perniagaan berkaitan perjalanan mengerjakan umrah di Arab Saudi.
Menteri berkenaan Datuk Seri Tiong King Sing berkata ini susulan aduan orang ramai khususnya jemaah umrah yang menjadi mangsa penipuan syarikat agensi pelancongan masih diterima walaupun tindakan tegas seperti membatalkan lesen terhadap syarikat terbabit sudah dilaksanakan.
Beliau berkata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan akan mengetuai jawatankuasa semakan terbabit dan membentangkan laporan lengkap dalam tempoh sebulan.
"Ini termasuk mengkategorikan syarikat yang benar-benar menjalankan perniagaan dengan baik dan sebaliknya serta laporan terperinci mengenai rekod syarikat-syarikat ini sepanjang menguruskan jemaah umrah.
"Tindakan ini bagi memastikan syarikat agensi pelancongan lebih bertanggungjawab semasa menjalankan perniagaan dan tidak mengabaikan pelanggan masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Tiong berkata pihaknya akan menyelesaikan beberapa isu lain seperti harga dan prosedur permohonan boleh dibuat melalui MOTAC, sebelum MOTAC menyerahkannya kepada agensi pelancongan yang bertanggungjawab bagi menjimatkan kos yang tidak perlu dikenakan kepada pelanggan.
"Syarikat agensi pelancongan sama ada yang telah lama beroperasi mahupun baharu, perlu melaporkan setiap aktiviti berkaitan pelanggan mereka sepanjang perjalanan mengerjakan umrah kepada MOTAC bagi pemantauan secara dekat dan memastikan segala janji yang ditawarkan kepada pelanggan dikotakan," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan mengadakan kunjungan hormat terhadap Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia serta Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi bagi membincangkan tentang kuota.
"Sekiranya MOTAC diberi amanah, jawatankuasa yang diketuai oleh timbalan menteri akan ditubuhkan untuk menguruskan perkara ini daripada diberikan secara terus kepada syarikat agensi pelancongan agar proses jemaah umrah dari negara kita dapat berjalan dengan lebih lancar, telus dan bertanggungjawab serta memastikan kejadian sama khususnya membabitkan penipuan tidak berulang lagi di masa hadapan," katanya.
Tiong berkata inisiatif yang dilakukan MOTAC itu diharapkan dapat membantu dan melindungi jemaah umrah daripada terus menjadi mangsa penipuan selain memberi peringatan kepada syarikat agensi pelancongan supaya tidak memperdaya pelanggan serta berusaha memberikan perkhidmatan terbaik.
"Saya juga merayu agar semua syarikat agensi pelancongan pengurusan umrah sentiasa jujur dalam menjalankan perniagaan mereka serta sentiasa menunaikan tanggungjawab sepenuhnya dalam memberi tawaran perkhidmatan yang dijanjikan.
"Syarikat-syarikat berkenaan adalah dilarang untuk memasarkan dan menawarkan perkhidmatan yang tidak mampu diberikan seperti tidak mempunyai kuota atau kapasiti logistik yang sepatutnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan meneliti dan menyemak semula kelayakan syarikat agensi pelancongan terutamanya perniagaan berkaitan perjalanan mengerjakan umrah di Arab Saudi. - Gambar hiasan/BERNAMA
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Percepat proses tapisan keselamatan ejen MM2H - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempercepat proses tapisan keselamatan ejen program Malaysia My Second Home (MM2H).
Johor, MOTAC bincang hala tuju promosi Tahun Melawat Johor 2026
RM67.6 juta diperuntukkan bagi penambahbaikan infrastruktur dan penganjuran acara pelancongan bertaraf antarabangsa.
Dewan Rakyat: MOTAC sasar 35.6 juta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sasaran tersebut meningkat lebih empat juta pelancong atau lebih RM22 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan tahun ini.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours
MOTAC memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
MOTAC umum peruntukan RM200,000 kepada Parlimen Sandakan, Batu Sapi
Peruntukan itu bagi mengembangkan industri pelancongan di kedua-dua kawasan sekali gus memperbaiki ekonomi penduduknya.
Pesta Angin Timur Perlis 2024 tampil 11 aktiviti baharu
Pesta Angin Timur Perlis 2024 yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 1 Mac ini bakal menampilkan 11 aktiviti baharu.
MyCEB perkukuh industri acara perniagaan melalui pertukaran idea serantau
Selepas menjalin kerjasama di Indonesia, MyCEB membuat kunjungan hormat ke Thailand Convention & Exhibition Bureau (TCEB).
MOTAC sasar jualan RM28 juta untuk pakej My Ramadan Experience 2024
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 1,000 pakej telah berjaya dijual dan menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat.
Exco Perlis tidak bangkit soal peruntukan khas semasa mesyuarat - Tiong
Tiong berkata, Wan Badariah juga tidak menyatakan hasrat kerajaan negeri menjayakan Tahun Melawat Perlis sepanjang program berlangsung.