LANGKAWI: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kini sedang giat mempersiapkan dan meneroka peluang bagi pembukaan Gelembung Pelancongan Antarabangsa membabitkan destinasi luar negara.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementerian telah melakukan pelbagai kerja awalan termasuk sesi libat urus secara maya melibatkan seramai 33 Pengarah Tourism Malaysia Luar Negara.
Menurutnya, sesi tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci serta sentimen pasaran di negara masing-masing.
“Sesi libat urus juga diadakan dengan beberapa wakil pengurusan dan agensi jualan melibatkan empat syarikat penerbangan antarabangsa di Asia Barat seperti Qatar Airways, Saudi Arabian Airlines, Air Arabia dan Emirates Airline telah diadakan baru-baru ini.
“Semuanya telah menyatakan komitmen untuk meningkatkan kemudah-sampaian pelancong ke negara ini, sebaik pembukaan semula pintu-pintu sempadan antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan empat pemain industri pelancongan utama di Malaysia susulan pelancaran Travel Safe Alliance Malaysia (TSAM) di sini pada Ahad.
Jelasnya, empat pemain industri tersebut berganding bahu bagi mewujudkan ekosistem lengkap untuk pelancongan yang selamat menerusi label “Travel Safe Alliance”.
BACA: MOTAC sedang bersedia terima semula kedatangan pelancong antarabangsa
“Ia turut merangkumi pengurusan pengembaraan yang teratur, manakala di bawah label “Clean & Safe Malaysia" untuk hotel dan "SafeBE" pula untuk segmen acara dan konvensyen perniagaan.
“Malaysia Airlines pula akan terus menjadi peneraju dalam memberikan pengalaman perjalanan yang lancar, selamat dan bersih seiring dengan kempen “Fly Confidently” syarikat penerbangan itu,” ujarnya.
Tambah beliau, meskipun kementerian kini berusaha membuka pelancongan antarabangsa namun pelancongan domestik akan terus diberi tumpuan bagi mewujudkan lebih banyak permintaan sekali gus menyokong kelangsungan industri.
“Bagi mencapai sasaran kemasukan 16 juta pelancong antarabangsa dan pendapatan sekurang-kurangnya RM45 bilion pada tahun 2025, kita perlu bersama-sama berganding bahu dan bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.
Untuk rekod, industri pelancongan negara terjejas teruk dalam tempoh pandemik dengan anggaran kerugian sebanyak RM135 bilion dan dijangka meningkat kepada RM165 bilion pada tahun 2021.
Astro Awani
Sun Oct 10 2021
Menurut Nancy, pelancongan domestik akan terus diberi tumpuan bagi mewujudkan lebih banyak permintaan sekali gus menyokong kelangsungan industri. - Gambar hiasan/BERNAMA
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Taska wajib pamer nombor pendaftaran di premis tahun depan - Nancy
Langkah itu diambil bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska yang menempatkan anak-anak mereka.
GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy
Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB masih belum dituntut ibu bapa mereka.
JKM tempatkan 152 pegawai psikologi di kawasan banjir - Nancy Shukri
Jabatan Kebajikan Masyarakat menempat 152 pegawai psikologi di kawasan terjejas banjir bagi membantu memulihkan emosi dan mental mangsa terlibat.
GISB: 140 kanak-kanak belum dituntut, Nancy nasihat ibu bapa jangan takut
Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) tidak perlu bimbang untuk bertemu JKM.
Rawatan fertiliti LPPKN capai prestasi memberangsangkan - Nancy
Perkhidmatan rawatan kesuburan dan kehamilan yang ditawarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus menunjukkan prestasi memberangsangkan.
Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.
Jangan jadikan alasan kesibukan mencari rezeki untuk abai penjagaan anak - Nancy
Kesibukan mencari nafkah tidak wajar dijadikan alasan untuk mana-mana ibu bapa mengabaikan soal penjagaan anak-anak mereka.
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Nancy berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan.