KOTA KINABALU: Pemimpin parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini menyifatkan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) semalam mampu menghentikan politiking demi kesejahteraan negara serta rakyat.
Pengerusi GRS Datuk Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah berkata MoU tersebut akan menjadi panduan untuk bersama-sama mencari jalan menyelesaikan krisis ekonomi dan kesihatan yang dihadapi sekarang akibat penularan pandemik COVID-19.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah itu berkata MoU itu adalah yang terbaik dan berupaya mengetepikan segala perbezaan politik, menghentikan terlalu banyak berpolitik sekali gus dapat memastikan pemulihan negara khususnya aktiviti ekonomi berjalan dengan lebih lancar dan holistik.
"Terutama ketika ini, pada saat ramai rakyat kita yang terjejas sumber pendapatan termasuk perniagaan mereka, justeru jalan penyelesaian seperti ini (kerjasama) adalah tindakan terbaik diambil," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam, kerajaan dan PH melakar sejarah negara apabila buat pertama kali menandatangani MoU berkenaan yang membentuk satu kerjasama dwipartisan dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia.
Memorandum persefahaman itu mengandungi enam agenda iaitu pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.
Timbalan Pengerusi I GRS Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata kerjasama antara kerajaan dengan blok pembangkang ketika negara berhadapan dengan masalah kesihatan dan ekonomi adalah sesuatu yang positif.
"Perundingan ini (MoU) dibuat atas kepentingan negara dan rakyat, selepas keseluruhan rakyat menerima vaksinasi COVID-19 pilihan raya umum boleh diadakan...kerjasama ini membawa keamanan dalam negara, menjernihkan seketika konflik politik dan sekali gus memberikan kerajaan ruang untuk fokus sepenuhnya terhadap memberi khidmat kepada rakyat," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu.
Timbalan Pengerusi GRS II Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata kerjasama bipartisan, yang mula ditawarkan oleh bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah lewat tiga minggu tetapi menyifatkan ia lebih baik lewat daripada tidak pernah sebelum ini.
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata parti itu mengalu-alukan keputusan parti pembangkang dalam PH untuk akhirnya bersetuju dan menyokong cadangan bagi mencapai kestabilan politik dan transformasi di negara ini.
"Sebagai Presiden PBS, saya mengalu-alukan kesediaan parti-parti PH untuk menerima prinsip yang dipersetujui dalam MoU ini terutama perkara MA63, undang-undang antilompat parti, mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada maksimun 10 tahun dan menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun.
"Walaupun, dalam hal ini, kami tidak bersetuju dengan pendaftaran pengundi automatik sehingga daftar pemilih Sabah dibersihkan daripada pendatang asing tanpa izin. Kami berharap dapat bekerjasama dengan parti-parti PH terutama rundingan berhubung MA63 yang sedang berlangsung," katanya dalam kenyataan.
Timbalan Pengerusi III GRS Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata MoU itu tepat pada masanya dan merupakan langkah terbaik bagi memastikan kestabilan negara yang kini dilanda COVID-19.
"Apa yang telah dilakukan (MoU) adalah seperti yang dimahukan oleh Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)," kata Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu.
Ketua Pemuda Parti Progresif Sabah (SAPP) Jamain Sarudin berkata apabila pelaksanaan MoU itu berjalan lancar, pembangkang dapat bersama-sama dalam rangka kerja Keluarga Malaysia dan ia sudah pasti memberi kelegaan kepada rakyat yang berdepan situasi politiking sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021
Pengerusi GRS Datuk Hajiji Noor berkata MoU tersebut akan menjadi panduan untuk bersama-sama mencari jalan menyelesaikan krisis ekonomi dan kesihatan yang dihadapi sekarang akibat penularan pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
MoU kerajaan-PH hentikan politiking demi negara, rakyat - GRS
Pemimpin GRS menyifatkan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai kerajaan dan PH semalam mampu menghentikan politiking demi kesejahteraan negara serta rakyat.