awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Ini kronologi kemalangan maut penyerang sensasi Liverpool Diogo Jota
MALAYSIA
Anwar diberi sambutan rasmi oleh Itali di Chigi Palace
MALAYSIA
Pesara ATM mohon kebenaran merayu dalam kes tuntutan pelarasan pencen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Polis buru dua lelaki lepas tembakan di Sungai Nyior

Bernama
Bernama
02/07/2025
15:45 MYT
Polis buru dua lelaki lepas tembakan di Sungai Nyior
Polis sedang mengesan dua lelaki yang melepaskan tembakan terhadap kenderaan pacuan empat roda dinaiki seorang lelaki di hadapan sebuah sekolah rendah di Sungai Nyior, semalam. - Foto hiasan/BERNAMA
BUTTERWORTH: Polis sedang mengesan dua lelaki yang melepaskan tembakan terhadap kenderaan pacuan empat roda dinaiki seorang lelaki di hadapan sebuah sekolah rendah di Sungai Nyior, di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata berdasarkan siasatan, dua lelaki tidak dikenali dan menaiki sebuah motosikal telah melepaskan lima das tembakan ke arah kenderaan terbabit.
"Pihak polis mendapat maklumat awal berhubung kejadian melepaskan tembakan pada 5.40 petang semalam dan sepasukan polis terus ke lokasi bagi menjalankan siasatan termasuk mengesan suspek.
"Semasa kejadian, lelaki tempatan yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda itu sedang menunggu anaknya di hadapan sekolah sebelum tiba-tiba didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal lalu melepaskan lima das tembakan ke arah kenderaan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa yang berusia 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mohd Alwi berkata motif kejadian sedang dikenal pasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Shuheri Abd Rani melalui talian 04-576 2222 sambungan 2275 atau tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Orang ramai juga, katanya diingatkan agar tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan serta menggugat ketenteraman awam.
Terdahulu, beberapa video dan gambar berkaitan kejadian turut tular melalui media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis pulau pinang
#buru
#kes tembakan
#Sungai Nyior
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami