awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mou Transformasi: Peruntukan sama rata bolehkan wakil rakyat pembangkang bantu rakyat

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
15/09/2021
16:15 MYT
Mou Transformasi: Peruntukan sama rata bolehkan wakil rakyat pembangkang bantu rakyat
Rakyat mahu Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak bertanggungjawab dalam menggunakan peruntukan yang diterima dan berganding bahu, - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Peruntukan sama rata yang akan diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, disambut baik rakyat di Pulau Pinang.
Bagi mereka langkah itu pastinya memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat negeri itu yang terkesan semasa pandemik COVID-19 ini.
Justeru mereka mahu wakil rakyat daripada kedua-dua belah pihak bertanggungjawab dalam menggunakan peruntukan yang diterima dan berganding bahu serta memberi fokus membantu rakyat yang terkesan.
Malah mereka berpendapa, dengan peruntukan tersebut Ahli Parlimen boleh menggunakannya untuk pembangunan kawasan setempat dengan segera dan mudah.
Peniaga, Bakar Nordin, berkata: "Peruntukan yang kerajaan bagi itu perlu diguna sepenuhnya untuk kawasan sendiri... wakil rakyat boleh turun ke lapangan buat kerja.
"Kita mula lihat politik Malaysia semakin terbuka dan perkara ini memberi manfaat rakyat.
"Ahli Parlimen perlu main peranan guna sebaiknya peruntukan itu untuk bantu rakyat jayakan program untuk bangkitkan ekonomi kita... rakyat rasa lega dan seronok dengan Ahli Parlimen semua turun buat keja, ketepikan bab politik dan utamakan rakyat," katanya.
Sementara itu, tukang gunting rambut, Nor Faisal Md Yusoff, berkata: "Peruntukan yang sama banyak diterima Ahli Parlimen pembangkang akan membolehkan mereka membantu rakyat dengan lebih mudah.
"Ia perkembangan yang sangat baik. Saya harap wakil rakyat pembangkang yang menerima peruntukan itu dapat menjalankan tugas dengan lebih amanah," katanya.
Pemandu e-hailing, Abu Soffian Osman, pula berkata tiada lagi alasan bahawa wakil rakyat pembangkang tidak menerima peruntukan apabila rakyat bertanya mengenai bantuan.
"Saya amat gembira kerana tak ada lagi alasan ini kawasan pembangkang... pembangkang tidak dapat peruntukan selepas ini... kami harap Ahli Parlimen perlu jujur dan ikhlas untk membantu rayat yang memerlukan," katanya.
Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan memeterai memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik baru-baru ini.
MoU yang dimeterai merangkumi enam agenda iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.
MoU berkenaan turut menetapkan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam persefahaman ini, bagi menjamin khidmat berkesan dan manfaat akhir dinikmati rakyat.
Kesemua perkara ini, menurut MoU berkenaan, akan dilaksanakan serta-merta.
Topic Berkaitan
#MoU Transformasi
#peruntukan sama rata
#Ahli Parlimen Pembangkang
#suara rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan