BALIK PULAU: Kebanyakan penerima vaksin di bawah Program Mobilasi Vaksin Komuniti (MOVAK) dekat sini berpuas hati dengan proses pemberian suntikan dos pertama yang dilaksanakan di Dewan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dekat Teluk Bahang, di sini.
Nor Laila Awang, 42, yang menghadapi masalah pengangkutan berkata MOVAK telah memudahkannya membawa dan menemani ibunya Che Puan Ishak,73, yang menghidap penyakit Parkinson untuk mendapatkan suntikan vaksin dos pertama di pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Kesihatan Jalan Macalister dekat George Town.
"Kalau buat macam ini (program MOVAK) memang memudahkan kami sebab ibu ada penyakit Parkinson, jadi sukar hendak bawa dia ke mana-mana, dan apabila dapat janji temu baharu di dewan ini pada awal Julai, saya berasa amat lega," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Che Puan yang tinggal di Kampung Masjid, Teluk Bahang, kira-kira 20 kilometer dari PPV Pusat Kesihatan Jalan Macalister adalah antara hampir 300 individu terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta pesakit komorbid yang mendapat suntikan vaksin dos pertama di dewan komuniti tersebut hari ini.
Sementara itu, seorang pesakit komorbid yang mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi, gout, kencing manis serta penyakit untut, Ahmad Farid Osman, 60, berkata dia tidak bimbang ataupun risau untuk mendapatkan suntikan tersebut.
"Dapat vaksin ni memang legalah...kalau boleh hendak habiskan cepat (suntikan vaksin dos kedua) sebab tidak sabar hendak jumpa anak-anak. Rindu mereka," katanya yang tinggal seorang diri dan tidak mempunyai kenderaan.
Dalam pada itu, Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata pihaknya optimis untuk mencapai sasaran lebih 40 peratus penduduk di kawasan Balik Pulau divaksinasi menjelang akhir bulan Ogos.
"Selepas ini kita akan adakan lagi program vaksinasi bagi individu berusia 18 tahun ke atas serta menggerakkan MOVAK di kawasan luar bandar sekitar Balik Pulau dengan harapan dapat melepasi sasaran tersebut," katanya.
MOVAK adalah inisiatif di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bagi membantu mempercepat program vaksinasi kebangsaan mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok menjelang Oktober tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 24 2021
Kebanyakan penerima vaksin di bawah MOVAK berpuas hati dengan proses pemberian suntikan dos pertama yang dilaksanakan di Dewan MBPP. - Gambar fail/BERNAMA
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.
Kenaikan premium insurans, kewujudan Titah Adendum antara tumpuan di Parlimen hari ini
Isu-isu ini dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Perkara berkaitan situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ganabatirau minta menteri nyatakan tahap kepuasan kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur tebatan banjir dan pelaburan yang berkaitan.
Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan."
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2025
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.
Perangi jenayah siber, Kerajaan MADANI bentang dua rang undang-undang di Parlimen hari ini
Dua rang undang-undang tersebut ialah Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024.