Kerajaan diharapkan tidak membebankan rakyat dengan kos pembinaan Projek Langat II jika berhasrat untuk meneruskannya biarpun mendapat tentangan daripada kerajaan negeri Selangor.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dalam satu kenyataan medianya meminta kerajaan pusat supaya tidak menyalurkan kos pembinaan projek tersebut kepada pengguna hingga dibebani harga air yang tinggi.
"Bagi Projek Langat II pula, Kerajaan Persekutuan akan tetap meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air tersebut sungguhpun mendapat tentangan daripada Kerajaan Negeri.
"Sekiranya projek yang menyalurkan air mentah dari negeri Pahang dan loji rawatan ini diteruskan juga, diharapkan agar kos pembinaan ini tidak disalurkan kepada pengguna dan akhirnya rakyat yang menjadi mangsa dengan dibebani harga air yang tinggi," katanya.
Dalam kenyataan media yang sama, Loy Sian mengalu-alukan jawapan lisan yang dibuat oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr Maximus Ongkili pada 10 Julai yang sudi menyerahkan pengurusan air Selangor kepada kerajaan negeri.
Namun beliau dalam masa sama kecewa kerana penyerahan tersebut tidak mempunyai tarikh sasaran agar masalah yang berlaku sekian lama seperti pengurusan air oleh pihak Syabas yang tidak cekap dan masalah 33% air tidak terhasil (nonrevenue water, NRW) dapat diselesaikan dengan segera.
Maximus dalam jawapannya menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak pernah menghalang Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambilalih pengurusan air Selangor daripada syarikat-syarikat konsesi air Selangor.
Namun begitu, beliau menjelaskan, ia hendaklah dilaksanakan secara “willing buyer-willing seller”, menghormati perjanjian-perjanjian konsesi sedia ada yang sah dan masih berkuat kuasa serta mematuhi semua perundangan dan peraturan berkaitan.
Irwan Muhammad Zain
Fri Jul 12 2013
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Hee akan tarik balik usul undi tidak percaya
Beliau berkata penarikan usul itu bergantung kepada bila usul baharu itu akan dikemukakan oleh Wan Azizah.