awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPFN setuju percepat tempoh kelulusan pembangunan - PM

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
18/04/2023
01:40 MYT
MPFN setuju percepat tempoh kelulusan pembangunan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat MPFN ke-41 melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri yang berlangsung, pada Isnin. - Gambar Facebook ANWAR IBRAHIM
KUALA LUMPUR: Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) bersetuju agar Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempercepatkan tempoh kelulusan pembangunan sekali gus memudahkan urusan perniagaan.
Usaha mempercepatkan tempoh kelulusan pembangunan secara tidak langsung diyakini mampu menambah baik persekitaran pelaburan selain meningkatkan daya saing negara.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara berkenaan dicapai dalam Mesyuarat MPFN ke-41 melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri yang berlangsung, pada Isnin.
"Selain itu, mesyuarat turut membincangkan cadangan pengukuhan sektor pertanian terutama keperluan menetapkan keluasan guna tanah bagi tujuan pengeluaran pertanian dan sumber makanan negara. Dalam hal ini, penekanan harus diberikan kepada peningkatan produktiviti pertanian.
"MPFN juga berpandangan aspek kawal selia pengurusan dan pembangunan ladang penternakan perlu terus diperkasakan menerusi pemakaian Garis Panduan Perancangan Ladang Penternakan Ayam.
"Prosedur OSC 3.0 Plus ditambah baik dengan menetapkan hanya lima agensi sahaja yang wajib dirujuk untuk proses kelulusan ketimbang 19 agensi sebelum ini. Manakala, tempoh masa kelulusan akan dikurangkan daripada 42 hari kepada 21 hari," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, MPFN turut cakna dengan isu banjir kilat yang sering meresahkan rakyat.
Justeru, kata Perdana Menteri, Pemakaian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) dalam Pembangunan Tanah perlu diaplikasikan sebagai salah satu solusi dalam menangani isu banjir kilat.
"MPFN akan terus memastikan perancangan pembangunan bandar bergerak kepada Perbandaran Madani untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan mewujudkan persekitaran yang berdaya huni.
"Kerajaan kekal komited meneruskan kerjasama dan penyelarasan pembangunan di antara Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri demi mencapai agenda membangun negara Madani. Insya-Allah," kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Majlis Perancang Fizikal Negara
#MPFN
#tempoh kelulusan pembangunan
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan