PETALING JAYA: Malaysian Press Institute (MPI) bersedia memberi latihan kepada syarikat korporat untuk meningkatkan kerjasama dan libat urus dengan pihak media.
Presidennya Datuk Yong Soo Heong berkata terdapat permintaan daripada pihak korporat yang ingin memahami kehendak media dalam pelaporan berita bagi mendapatkan liputan yang meluas untuk pengetahuan khalayak.
"Bukan wartawan sahaja yang perlu mengetahui segala aspek yang berlaku dalam industri, tetapi mereka (korporat) juga perlu memberi pendedahan kepada media dengan lebih terperinci supaya para wartawan boleh menulis dengan lebih jelas dan pembaca atau penonton mendapat gambaran yang secukupnya," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog awam MPI dengan pihak korporat, di sini semalam.
Sesi itu julung kali diadakan bersempena Majlis Meraikan Penyumbang Malam Wartawan Malaysia 2024 yang dihadiri oleh 140 wakil daripada 33 organisasi korporat.
Yong yang juga bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata syarikat korporat perlu merangka kandungan yang berkesan untuk menembusi ruang media dan menarik perhatian khalayak.
"Sebelum ini memang ada pihak korporat yang jemput MPI untuk mengendalikan kursus, tetapi kita ingat kita kena buat secara lebih meluas," katanya sambal menambah media dan korporat saling memerlukan antara satu sama lain.
Yong berkata MPI turut mengalu-alukan sokongan daripada pihak korporat bagi mengadakan kursus lain yang berkaitan dengan industri media.
Sebagai contoh katanya MPI menerima sumbangan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk mengendalikan kursus kecerdasan buatan (AI) bermula September ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Mustapa Omar, Timbalan Presiden Farrah Naz Karim dan Naib Presiden Brian Martin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
Yong menyampaikan ucapan pada Majlis Meraikan Para Penyumbang Malam Wartawan Malaysia 2024 di Kuala Lumpur semalam. -- fotoBERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
MPI umum Ainol Amriz sebagai CEO baharu
Institut Akhbar Malaysia (MPI) mengumumkan pelantikan Ainol Amriz Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.
HKM 2023: Astro AWANI rangkul tiga anugerah
Astro AWANI berjaya merangkul dua Anugerah Perak dan satu Anugerah Gangsa dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI - Petronas 2023.
MPI sedia beri latihan kepada korporat tingkat kerjasama dengan media
Yong berkata, pihak korporat ingin memahami kehendak media dalam pelaporan berita bagi mendapatkan liputan yang meluas.
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
MPI digesa bangunkan modul khusus AI kepada industri media
Kementerian Komunikasi meminta agar satu modul khusus untuk penggunaan kecerdasan buatan atau AI dibangunkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) bagi memanfaatkan industri media tanah air.
MPI tawar kursus bersama HRD Corp, kembangkan latihan komunikasi dan kandungan
Malaysian Press Institute (MPI) mengumumkan mula menawarkan kursus-kursus komunikasi dan kandungan dengan kerjasama bersama Human Resource Development Corporation (HRD Corp).
Hadiah Kewartawanan Malaysia: Astro AWANI rangkul tiga emas, satu gangsa
Liputan 'Kajang Bypass' bawa tuah buat Hilmi dan Sallehin dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia-Malaysia Press Institute (MPI)-Petronas 2022.
Inovasi Bunga Kantan Flakes raih anugerah tertinggi MPI 2022
Produk Bunga Kantan Flakes yang dihasilkan kumpulan penyelidik UniSZA dengan kolaborasi USM Kubang Kerian itu memenangi Grand Award MPI.
Malam Wartawan Malaysia 2021 ditangguhkan - MPI
Malaysian Press Institute (MPI) menangguhkan Malam Wartawan Malaysia 2021 (MWM 2021) yang dijadualkan berlangsung pada 18 Jun, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumumkan kerajaan.
Kerajaan teliti isu kemiskinan secara lebih mikro - Mohd Radzi
Berdasarkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi RMK11, wujud keperluan untuk mengkaji semula bukan sahaja Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), tetapi juga dalam pelbagai aspek lain.