PERLAWANAN MPLMY S13 terus hangat dalam saingan minggu ketiga di hari ketiga selepas Barracuda Esports menewaskan pasukan RSG Malaysia 2-1, sebentar tadi.

Walaupun Barracuda Esports berjaya meraih kemenangan dalam Perlawanan 1 tetapi RSG Malaysia yang dalam misi untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka berjaya mencuri mata dalam Perlawanan 2 untuk membawa kepada perlawanan penentuan.

Dalam perlawanan penentuan menyasikan Barracuda melakukan pemilihan draf dengan keunikan tersendiri selepas meletakkan Leomord sebagai Hero di Gold Laners, tetapi strategi menjadi kunci kemenangan mereka dalam menewaskan RSG Malaysia.

Most Valuable Player diberikan kepada pemain Barracuda iaitu AJ yang dilihat cemerlang dengan 23 jumlah bantuan kematian justeru membuktikan dia masih lagi pemain yang relavan ketika ini.  - StadiumAstro.com