awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPP bantu pelajar buat rayuan program Peranti Siswa - Annuar Musa

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
15/08/2022
12:47 MYT
MPP bantu pelajar buat rayuan program Peranti Siswa - Annuar Musa
Annuar berkata, MPP akan menjadi pusat rujukan bagi kes-kes rayuan agar pelajar yang layak, tidak tercicir daripada menerima bantuan Program Peranti Siswa. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Persatuan mahasiswa khususnya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) diberi tanggungjawab untuk membantu para pelajar yang gagal dalam permohonan Program Peranti Siswa secara dalam talian untuk mengemukakan semula rayuan mereka.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan berkenaan akan menjadi pusat rujukan bagi kes-kes rayuan agar pelajar yang layak, tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.
Jelas beliau, pihaknya mendapati terhadap permohonan yang dibuat secara dalam talian yang tidak melepasi saringan yang ditetapkan.
"Kita bersetuju memberikan empowerment kepada persatuan-persatuan mahasiswa untuk menjadi pusat rujukan kes-kes rayuan oleh pelajar yang gagal mendapat kelulusan permohonan peranti yang mereka lakukan secara dalam talian.
"Ini akan membentuk kerjasama antara jawatankuasa pelaksana di peringkat kementerian bagi agihan. Saya berpendapat mereka adalah badan yang paling hampir dengan pelajar dan para pelajar boleh menyampaikan kes-kes rayuan mereka, yang barangkali tidak dapat diproses dengan sempurna secara dalam talian," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Isnin.
Permohonan Peranti Siswa fasa kedua dibuka bermula 1 Ogos lalu sehingga 30 September ini, sementara fasa satu dijangka mula diagihkan kepada pelajar yang layak pada hujung bulan ini.
Bagi fasa kedua, kerajaan bersetuju untuk memperluas kelayakan bagi pemohon yang memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan, berbanding hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebelum ini.
Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimeri (K-Kom) berkata, pihaknya mendapati terdapat kes terpencil di mana permohonan pelajar tidak melepasi saringan kerana mereka bukan daripada golongan B40.
"Sebagai contoh semalam saya mendapati ada kes pelajar dalam rekod, bapanya berpendapatan lebih garis B40, tetapi pada realitinya bapa dan ibunya telah berpisah.
"Bapanya tidak memberi tangungan kepada pelajar berkenaan. Bermakna, dalam rekod bukan dalam B40 kerana pendapatan ayahnya secara rekod dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tetapi realiti pelajar itu memerlukan bantuan.
"Jadi kes-kes sedemikian dengan perakuan yang diberikan oleh persatuan mahasiswa mereka, ia boleh diberikan pertimbangan agar pelajar berkenaan tidak tercicir untuk mendapatkan kemudahan di bawah Program Peranti Siswa," ujarnya.
Topic Berkaitan
#golongan B40
#Rayuan Peranti Siswa
#Program Peranti Siswa
#Majlis Perwakilan Pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan