awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPPN masih relevan walaupun Akta Hasutan dikekalkan - Ramon Navaratnam

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
04/12/2014
01:13 MYT
MPPN masih relevan walaupun Akta Hasutan dikekalkan - Ramon Navaratnam
RAMON: NUCC masih relevan kerana cadangan daripada Rang Undang-undang Keharmonian Nasional boleh dimasukkan ke dalam pindaan Akta Hasutan. -Gambar fail
Intipati Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional harus dimasukkan di dalam Akta Hasutan apabila ia dipinda.
Ini adalah pendapat ahli Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN), Tan Sri Ramon Navaratnam, yang berkata kerajaan juga perlu mengambil kira menggabungkan cadangan utama Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional ke dalam Akta Hasutan, supaya ianya tidak disalahguna atau digunakan secara terpilih.
"Ia adalah sesuatu yang malang kerana Perdana Menteri telah memilih untuk mengekalkan Akta Hasutan. Tetapi jika itu adalah keputusan kerajaan, mereka harus memastikan bahawa pindaan kepada Akta Hasutan selaras dengan tadbir urus yang baik dan Hak Asasi Manusia.
“MPPN menyokong Rang Undang-undang Keharmonian Nasional kerana ia memastikan pematuhan kepada Hak Asasi Manusia," katanya kepada Astro AWANI.
Semasa mempertahankan MPPN terhadap soal sama ada badan itu masih relevan terutamanya selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan, Ramon berkata ia memang relevan .
"MPPN masih relevan kerana cadangan daripada Rang Undang-undang Keharmonian Nasional boleh dimasukkan ke dalam pindaan Akta Hasutan," katanya, sambil menambah bahawa Rang undang-undang itu telah pun siap.
MPPN ditubuhkan pada 25 Nov 2013 dan telah ditugaskan untuk mewujudkan Rangka Tindakan Perpaduan Negara yang antara lain akan mencadangkan undang-undang baru bagi menggantikan Akta Hasutan.
Najib, semasa Perhimpunan Agung UMNO minggu lepas, mengumumkan bahawa Akta Hasutan bukan sahaja dikekalkan, tetapi juga akan diperkukuhkan, walaupun dua tahun lalu beliau berkata akan memansuhkan akta itu.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#MPPN
#NUCC
#Ramon Navaratnam
#Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan