MRANTI dan MOSTI pimpin transformasi inovasi negara di pentas ulung, I-Nation 2025

(Dari kiri) Prof. Dr. Rofina Yasmin Othman, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Chang Lih Kang, Norsham Abdul Latip dan Datuk Rais Hussin A. Mohamed Ariff di majlis pelancaran I-NATION 2025. - Foto MRANTI
KUALA LUMPUR: Inovasi bukan lagi pilihan namun menjadi nadi kemajuan selari dengan peredaran masa yang semakin memperkasakan teknologi tinggi.
Ringkasan AI
- Inovasi bukan lagi pilihan namun menjadi nadi kemajuan selari dengan peredaran masa yang semakin memperkasakan teknologi tinggi.Susulan itu, denyut nadi kepada inovasi bertaraf dunia berpusat di Kuala Lumpur apabila I-Nation Global Summit 2025 menghimpunkan individu-individu berdaya cipta dari seluruh dunia, membuktikan Malaysia bukan sekadar mengikuti arus, tetapi sedang mencipta gelombang baharu dalam dunia teknologi dan kemahiran masa depan.Sidang kemuncak anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) menjadi tumpuan utama di bawah National Innovation and Commercialisation Expo (NICE 2025), dengan tema -Innovate. Commercialise. Lead.-Menarik lebih 10,000 peserta dari pelbagai negara termasuk Singapura, India, Amerika Syarikat dan Sweden, I-Nation 2025 menjadi jambatan antara idea dan pelaksanaan menyatukan penyelidik, pembuat dasar dan pemain industri untuk membentuk masa depan yang lebih lestari dan berdaya saing.
Menariknya lebih 10,000 peserta dari pelbagai negara termasuk Singapura, India, Amerika Syarikat dan Sweden, I-Nation 2025 menjadi jambatan antara idea dan pelaksanaan menyatukan penyelidik, pembuat dasar dan pemain industri untuk membentuk masa depan yang lebih lestari dan berdaya saing.

Chang Lih Kang melawat reruai pameran MRANTI sempena I-NATION 2025. - Foto MRANTI
Menteri MOSTI, Chang Lih Kang, berkata I-Nation membuktikan kekuatan ekosistem inovasi negara yang bukan hanya menumpukan kepada ciptaan baharu, tetapi turut memberi kesan langsung kepada masyarakat.
“Melalui I-Nation, Malaysia mempamerkan kekuatan ekosistem inovasi negara, di mana idea diterjemahkan menjadi impak dan kerjasama strategik dibentuk untuk masa depan,” katanya ketika merasmikan I-Nation Global Summit 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), di sini, pada Selasa.
Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan MADANI dalam membina ekonomi inovasi yang berdaya tahan dengan sasaran 3.5 peratus GERD menjelang 2030, 70 peratus penyertaan industri dalam R&D, serta peningkatan 50 peratus teknologi tempatan ke pasaran global.

(Dari kiri) Profesor Madya Universiti Malaya, Ts. Dr. Azrul Qalid, Penganalisis Utama II & Saintis Data, MiGHT, Dr. Umi Kalsom Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif eMooVit Technology Sdn. Bhd, Dr. Hairi Zamzuri, dan Ketua Pegawai Rangkaian Agihan, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir. Mahathir Nor Ismail, membincangkan topik Malaysia’s AI Advantage: Building Southeast Asia’s Next Tech Superpower. - Foto MRANTI
I-Nation 2025 memberi tumpuan kepada empat teras utama termasuk Kecerdasan Buatan (AI), Teknologi Kesihatan (HealthTech), AgriTech dan Sekuriti Makanan, serta Going Global, yang mencerminkan keutamaan negara dalam inovasi yang mampan.
Menurut Chang, Malaysia kini diposisikan sebagai regional testbed (ruang ujian serantau) bagi pembangunan AI beretika dan inklusif di bawah National AI Roadmap, di samping mengukuhkan lagi teknologi kesihatan sekaligus menjadikan sistem rawatan lebih mudah diakses dan mampu milik.
Antara inisiatif penting ialah National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) yang telah menyokong lebih 220 projek, mengkomersialkan 80 teknologi bernilai RM158 juta serta membawa sembilan produk tempatan ke pasaran global dengan nilai eksport RM245 juta.
“Melalui MOSTI dan MRANTI, kita membina asas kukuh untuk menyokong inovator daripada sandbox and living labs, hingga pembiayaan dan kerjasama antarabangsa. Ini bukan dasar semata-mata, tetapi platform sebenar yang memperkasakan pencipta inovasi kita,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Ekosistem MRANTI, Mohd Safuan Mohd Zairi, menegaskan peranan MRANTI sebagai penghubung utama antara penyelidik, penggubal dasar dan industri agar setiap inovasi dapat diterjemahkan kepada hasil nyata.
“Inovasi tidak boleh kekal sebagai perbincangan semata-mata.
“MRANTI memastikan idea yang lahir diterjemahkan menjadi produk dan impak sebenar untuk Malaysia dan dunia,” ujarnya.

(Dari kiri) Pengurus Besar Billion Prima, Yuh Jiunn Lee, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan dalam sesi perbincangan teknologi mengenai Global Innovation Index (GII). - Foto MRANTI
Beliau turut menyorot kejayaan sandbox kesihatan seperti HealthTech Hub, yang menjalankan projek perintis bersama hospital-hospital tempatan termasuk KPJ dan Gleneagles. Antara inovasi tempatan yang berjaya ialah LEGA, alat perubatan untuk membantu pernafasan pesakit dan kini turut dikembangkan ke Indonesia.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Strategi MRANTI, Khalid Yashaiya, berkata I-Nation menjadi bukti kemampuan Malaysia untuk melangkah ke tahap baharu dalam teknologi dan kerjasama global.
“I-Nation membuktikan Malaysia bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi pembangun dan peneraju.
“Inilah masa untuk kita bukan hanya bersedia menghadapi masa depan tetapi membentuknya untuk jadi lebih mengagumkan,” katanya.
I-Nation 2025 turut memperkukuh kedudukan Malaysia menjelang Pengerusi ASEAN 2025, selaras dengan tema “Inclusivity and Sustainability”. Antara inisiatif utama yang akan digerakkan termasuk ASEAN Startup Year 2025 dan ASEAN Digital Economy Framework Agreement (DEFA), yang dijangka melonjakkan ekonomi digital ASEAN kepada nilai sebanyak AS$2 trilion menjelang 2030.
Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi MRANTI, Prof. Dr. Rofina Yasmin Othman; Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, Norsham Abdul Latip dan Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Datuk Rais Hussin A. Mohamed Ariff.

Semua hadirin I-NATION 2025 ketika sesi bergambar bersama di akhir acara. - Foto MRANTI
Untuk maklumat lanjut mengenai NICE 2025 dan I-Nation Global Summit, layari www.mranti.my atau www.mosti.gov.my .
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami