awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MTCC bantu atasi kepupusan harimau Malaya

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
07/09/2022
10:33 MYT
MTCC bantu atasi kepupusan harimau Malaya
MTCC di Lanchang, Temerloh itu merupakan satu-satunya pusat konservasi harimau Malaya di negara ini. - Gambar/ Astro AWANI
KUANTAN: Kewujudan Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) bernilai RM42.25 juta mampu mengatasi masalah kepupusan spesies haiwan berkenaan yang semakin kritikal.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, MTCC yang dibina di atas tanah seluar 80 hektar di Lanchang, Temerloh itu merupakan satu-satunya pusat konservasi harimau Malaya di negara ini.
"MTCC telah mula beroperasi pada 1 Februari lalu yang bertujuan untuk meningkatkan pembiakan harimau dan meliarkan (rewilding) haiwan terbabit sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi.
"Pusat konservasi ini dibina selaras dengan Kempen Selamatkan Harimau Malaya (SHM) yang sedang digiatkan oleh kerajaan," katanya dalam kenyataan di laman Facebook pada Rabu.
Wan Rosdy mengiringi keberangkatan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke pusat konservasi itu pada Selasa.
Wan Rosdy berkata, harimau Malaya termasuk dalam spesies hidupan liar yang terancam.
"Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengelakkan haiwan terbabit daripada pupus seperti yang berlaku pada badak sumbu.
"Salah satu usaha yang diambil kerajaan negeri Pahang adalah menerusi penubuhan MTCC ini, " jelasnya.
Beliau menjelaskan, hari ini populasi harimau Malaya adalah kurang 150 ekor di seluruh Semenanjung Malaysia.
"Semoga dengan penubuhan MTCC ini dapat melindungi populasinya di samping membantu usaha pembiakan spesies terancam ini," ujarnya.
Topic Berkaitan
#MTCC
#harimau Malaya
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Pemangku Raja Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan