HULU SELANGOR: Seorang pemandu lori yang membawa muatan kereta cedera di kepala selepas kenderaan dipandunya melanggar belakang sebuah lori di susur Bukit Tagar Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara pada Jumaat.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada jam 5.14 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa ke lokasi kejadian.
Menurutnya, mangsa berusia 38 tahun dibawa keluar daripada lori oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.
"Mangsa diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk menerima rawatan lanjut di hospital, " katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, susulan kejadian itu, satu daripada tiga kereta yang berada di atas lori berkenaan tercampak di atas jalan raya.
"Anggota bertugas membuat pemantauan di lokasi sehingga keadaan benar-benar selamat sebelum meninggalkan lokasi kejadian.
"Punca kejadian masih disiasat dan tidak pasti jika ia disebabkan oleh masalah brek, " katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 21 2022
Keadaan lori yang membawa muatan kereta selepas kemalangan di susur Bukit Tagar PLUS arah utara pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
Muatan kereta tercampak atas jalan raya dalam nahas dua lori di Bukit Tagar
Mangsa berusia 38 tahun dibawa keluar daripada lori oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.
Nahas 2 lori: Remaja maut, bapa dipercayai terlelap ketika memandu
Akibat kemalangan itu remaja tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada seluruh bahagian badan.