SHAH ALAM: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menepis dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan mereka diasaskan untuk menjadi boneka parti DAP.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sebaliknya MUDA diasaskan untuk membina Malaysia maju, bermaruah dan berintegriti di samping membawa politik yang matang.
"Sebab itu apabila saya berkhidmat dulu dalam kabinet, saya memperjuangkan hak negeri pembangkang di Kelantan dan Terengganu untuk dapat peruntukan khas walaupun bawah pentadbiran pembangkang.
"Sebagai Menteri Belia Sukan, pertama kali dalam sejarah Malaysia, kita mengembalikan semula hak penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) kepada negeri Kelantan dengan peruntukan lebih RM200 juta walaupun negeri pembangkang. Itulah politik matang.
"Dalam MUDA, kita gunakan prinsip sama. Hormat kawan, hormat lawan. Keutamaan kepada Malaysia, negara tercinta. Jangan hanya kerana kami muda, kami dilabel sebagai boneka," katanya menerusi hantaran video di media sosial pada Sabtu.
Beliau mengulas mengenai tindakan Abdul Hadi yang menyifatkan Muda sebagai ciptaan DAP yang bertujuan untuk mengumpan belia Melayu.
Pada masa sama, Syed Saddiq menegaskan, MUDA komited untuk belajar dan berkhidmat kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 19 2022
Syed Saddiq menegaskan, MUDA komited untuk belajar dan berkhidmat kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. - Gambar fail/BERNAMA
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM
Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.
Pupuk rasa 'muda', pejabat bina gelongsor untuk pekerja
Seiring peningkatan usia dan perlu menjalani tanggungjawab menjadi dewasa, kadangkala sukar untuk mengekalkan tenaga seperti zaman muda dahulu.
MADA aktifkan Pelan Persediaan Banjir hadapi fenomena La Nina
Pada September 2022 hingga Februari 2023, Perlis diramal menerima taburan hujan antara 200-300mm dan Kedah, antara 290-440mm.
Undi18 harap pemilihan Exco muka baharu, muda jadi ikutan negeri lain
Tharma Pillai berharap pemilihan orang muda dan muka baharu sebagai exco kerajaan negeri di Johor akan menjadi ikutan negeri-negeri lain mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Isu kecekapan orang muda tidak akan timbul, jentera Johor sudah sedia cekap- Exco Agama Johor
Exco kerajaan negeri Johor kalangan orang muda yang baharu dilantik akan saling melengkapi dan memberi idea baharu bagi menambahbaik kecekapan pentabiran negeri.
PRN Johor: PKR umum calon Kempas dan Larkin, beri bayangan rundingan dengan Muda tidak menjadi
Anwar telah mengumumkan calon PKR untuk lima kerusi, iaitu Larkin, Kempas, Bukit Batu, Tiram, dan Pasir Raja.
Kerjasama Warisan-Muda bukan ancaman kepada PH - Mohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menganggap kerjasama yang terjalin di antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bukan ancaman.
MUDA dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.
Anda hadapi masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan
Cara merawat masalah rambut beruban dengan hanya menggunakan daun pokok rambutan. Ikuti perkongsian dalam artikel ini.
Wan Ahmad Fayhsal nafi 'ugut' Syed Saddiq, anggap seperti adik sendiri
Wan Ahmad Fayhsal berkata, pertemuan baru-baru ini bukan untuk membuat tawaran atau ugutan kepada Syed Saddiq.