awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mudah-mudahan sedar koma' - Ifa Raziah mohon doa buat ibu mertua

Gempak
Gempak
27/11/2018
00:00 MYT
'Mudah-mudahan sedar koma' - Ifa Raziah mohon doa buat ibu mertua
Rata-rata peminat Ifa meninggalkan komen yang mendoakan supaya ibu mertuanya kembali pulih selepas menerima rawatan. - Astro GEMPAK
PENYANYI Ifa Raziah memohon kepada semua pihak untuk mendoakan kepada ibu mertuanya, Khizan Zain yang kini kritikal di Wad ICU, Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).
Menerusi entri di Instagram miliknya, Ifa berkongsi sebuah video di perkarangan tempat menunggu serta melahirkan rasa syukur kerana ibu mertuanya memberi respon yang positif.
"Alhamdulillah keadaan kesihatan mak mertua Ifa semakin positif.
"Mudah-mudahan mak mertua Ifa sedar dari koma. Terima kasih yang datang melawat dan yang mendoakan kesejahteraan mak mertua Ifa."
View this post on Instagram
Alhamdulillah keadaan kesihatan Mak Mertua ifa semakin positif.. mudah2an mak mertua ifa sedar dr koma..Terima Kasih yg dtg melawat dan yg mendoakan kesejahteraan Mak Mertua ifa
"Sesiapa yang mengenali ibu mertua Ifa, Khizan Zain, beliau sekarang masih kritikal di Wad ICU HKL.
"Ifa sekeluarga memohon doa-doa anda semua semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya. Amin," tulis Ifa.
Rata-rata peminat Ifa meninggalkan komen yang mendoakan supaya ibu mertuanya kembali pulih selepas menerima rawatan.
Namun, Ifa tidak mendedahkan punca sebenar ibu mertuanya dimasukkan ke hospital.
Topic Berkaitan
#HKL
#Hospital Besar Kuala Lumpur
#ibu mertua
#ICU
#Ifa Raziah
#Instagram
#kesihatan
#penyanyi
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan