awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MUFC bakal 'bernafas' semula?

Bernama
Bernama
08/04/2023
21:50 MYT
MUFC bakal 'bernafas' semula?
Pada September lepas, MUFC membuat kenyataan bahawa ia disingkirkan daripada saingan Piala Malaysia susulan kegagalan melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai.
ALOR GAJAH: Detik hitam yang melanda Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC) seakan ada penghujungnya susulan usaha sedang dilakukan untuk mengembalikan pasukan Hang Tuah itu beraksi di Liga Malaysia.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pihaknya sedang meneliti dan mengkaji pelbagai sudut termasuk merujuk kepada penasihat undang-undang untuk memulihkan kembali pasukan tersebut yang sebelum ini 'terkubur' akibat masalah pembayaran gaji.
"Saya bukan nak beri jaminan namun saya sedang mengkaji, melihat dan meneliti isu MUFC ini dan sudah semestinya akan berusaha untuk memulihkan pasukan ini.
"Saya akan mengambil kesempatan yang ada untuk memulihkan MUFC, yang pastinya pasukan ini akan kembali beraksi seperti dahulu. Cuma tunggu sedikit masa," katanya kepada pemberita pada Majlis Tautan Kasih 2023 Universiti Melaka di sini semalam.
Pada September lepas, MUFC membuat kenyataan terbuka bahawa skuad terbabit disahkan disingkirkan daripada saingan Piala Malaysia susulan kegagalannya melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai.
Menurut MUFC pihaknya mengambil maklum pembatalan slot Piala Malaysia 2022 oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berikutan isu gagal menyelesaikan bayaran tunggakan gaji mengikut tarikh ditetapkan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#MUFC
#Liga Malaysia
#tunggakan gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan