Perdebatan terbuka antara para mufti, terutama di media sosial, hanya mengundang pandangan tidak sihat oleh masyarakat, kata Datuk Ibrahim Ali hari ini.
Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu, situasi tersebut kini dilihat seolah-olah tidak terkawal selain menjejaskan imej Islam sendiri.
"Ia mengelirukan umat Islam sekali gus menimbulkan pandangan negatif daripada bukan Islam.
"Perkara pokok yang sensitif, berkaitan hal-hal yang tidak jelas, termasuklah berkaitan hukum, wajarlah mufti-mufti dan tokoh Islam, termasuk cendekiawan, bertemu dan berbincang atas semangat mesyuarat dan cari titik persefahaman," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.
Beliau berkata demikian mengulas isu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak tidak sah taraf dibinkan kepada bapanya.
Susulan itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam postingnya di Facebook memuji keputusan itu yang menurutnya seiring dengan keputusan fatwa negeri berkenaan.
"Semoga keputusan mahkamah rayuan itu menutup keaiban, memberi peluang insan bertaubat, tidak menghukum anak yang tidak bersalah dan ke arah menghindarkan mentaliti 'islam agama hukuman'," katanya.
Menurut Mohd Asri, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikannya dalam mesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan.
"Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami," menurut keputusan itu.
Tambahnya, perkara itu turut disahkan Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.
Bagaimanapun, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pada satu sidang media kemudiannya menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan mengenai pendaftaran anak luar nikah itu sebagai menghalalkan zina.
Ibrahim menegaskan, sebarang isu melibatkan hukum seharusnya dibincangkan secara tertutup dan diselesaikan dalam masa 24 jam.
"Ahli Majlis Fatwa wajar berbincang dengan cepat, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga seharusnya membentuk kerjasama apabila timbul isu seperti ini.
"Elakkan beri pendapat peribadi. Dalam dunia sekarang, media sosial akan menjadikan banyak imej Islam terjejas dengan isu sebegini," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Tue Aug 01 2017
Ibrahim berkata, mufti dan tokoh Islam wajar bertemu dan berbincang atas semangat mesyuarat dan mencari titik persefahaman dalam menyelesaikan perkara pokok yang sensitif dan berkaitan hal-hal yang tidak jelas. - Gambar fail
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
KDN beri keutamaan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat
Ia berikutan permohonan dua kategori tersebut adalah paling tinggi setakat ini.
Kelahiran anak luar nikah membimbangkan
Kelahiran anak tidak sah taraf atau luar nikah pada masa kini melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur dilihat amat membimbangkan, kata Pengerusi Yayasan Ikhlas Profesor Zainur Rashid Zainuddin.
'Jual beli' bayi ribuan ringgit dalam talian
Wanita berusia 35 tahun itu berkata dia mencari anak angkat menerusi laman sosial sejak awal tahun lepas dan nyaris ditipu ibu kandung bayi yang dikenalinya kira-kira 10 bulan lepas.
Bapa anak tidak sah taraf tidak boleh daftar nama di bawah BDRA
Peruntukan di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian itu tidak terpakai bagi orang Melayu atau Hindu kerana mereka tidak mempunyai nama keluarga.
Kes 'Bin Abdullah': Mahkamah Persekutuan dengar rayuan 7 Feb depan
Pihak berkenaan dalam kes itu turut diarah memfailkan hujahan masing-masing dua minggu sebelum pendengaran kes tersebut.
Anak tidak sah taraf: Rujuk Undang-Undang Keluarga Islam - Jakim
Isu-isu yang berkaitan dengan kesahtarafan anak di negara ini hendaklah sentiasa dirujuk kepada peruntukan dalam Akta atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam atau Pentadbiran Negeri-Negeri.
Mahkamah Rayuan tolak permohonan JPN tangguh pelaksanaan keputusan
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan itu atas alasan tidak terdapat keadaan khusus untuk membenarkan penangguhan itu.
Mufti Selangor mohon JPN buat rayuan di Mahkamah Persekutuan
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga akan memohon kebenaran untuk mencelah dalam rayuan tersebut sebagai usaha untuk memelihara agama dan memartabatkan kedudukan undang-undang Islam di negara ini.
Mufti jangan debat terbuka di media sosial - Ibrahim Ali
Perdebatan terbuka mufti terutama di media sosial hanya mengundang pandangan tidak sihat oleh masyarakat.
Tunggu keputusan mahkamah nasab anak tidak sah taraf orang Islam
Beliau turut menasihati umat Islam di negara ini supaya bertenang berhubung keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan itu.