awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mufti Melaka nasihat semua pihak tidak salah guna doa, Qunut Nazilah

Bernama
Bernama
30/07/2025
11:57 MYT
Mufti Melaka nasihat semua pihak tidak salah guna doa, Qunut Nazilah
Abdul Halim berkata, dalam Islam, doa merupakan satu bentuk ibadah yang mempunyai adab dan garis panduan yang jelas. - Sinar Harian
MELAKA: Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil menasihatkan semua pihak agar menjaga adab serta tidak menyalahgunakan doa, khususnya Qunut Nazilah, dalam mana-mana majlis atau perhimpunan, termasuk yang melibatkan perbezaan pandangan politik.
Beliau berkata dalam Islam, doa merupakan satu bentuk ibadah yang mempunyai adab dan garis panduan yang jelas dan ia sewajarnya digunakan untuk memohon pertolongan dan rahmat daripada Allah SWT bagi membawa kebaikan, kesejahteraan dan keamanan kepada masyarakat.
"Doa itu senjata orang beriman dan dalam konteks Islam, kita ada Qunut Nazilah yang dibaca ketika umat Islam dilanda musibah besar seperti peperangan, penindasan atau bencana seperti yang pernah berlaku ketika pandemik COVID-19.
"Ia bukan doa biasa dan perlu disampaikan dengan penuh adab dan ilmu," katanya ketika ditemui pemberita di Bukit Palah di sini hari ini.
Beliau merujuk kepada satu klip video tular melibatkan bacaan doa oleh seorang individu semasa satu perhimpunan baru-baru ini, yang didakwa menggunakan lafaz yang tidak wajar ketika menyampaikan Qunut Nazilah.
"Saya berpandangan, lafaz sedemikian tidak berakhlak, tidak mencerminkan ketinggian ilmu dan bertentangan dengan adab yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
"Apatah lagi doa itu ditujukan kepada pihak yang mempunyai akidah sama, namun cuma hanya berbeza pandangan atau fahaman politik," katanya.
Abd Halim juga mengingatkan bahawa Rasulullah SAW sendiri ketika berdepan kezaliman daripada kaum Quraisy dan penindasan daripada golongan Yahudi, namun baginda masih mendoakan keampunan buat mereka dan bukan keburukan.
"Doa Nabi ialah, 'Ya Allah ampunilah mereka, kerana mereka tidak mengetahui', ini menunjukkan betapa tinggi akhlak Rasulullah SAW walaupun ketika diuji," katanya.
Beliau juga menyeru agar semua umat Islam, sama ada pemimpin, pendakwah atau ahli politik, berdoa dengan penuh hikmah dan sopan, terutama dalam majlis awam.
"Saya percaya jika ada ketelanjuran kerana emosi atau semangat, tidak salah untuk memohon maaf secara terbuka dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
"Seperti pepatah Melayu 'ular menyusur akar takkan hilang bisanya' dan minta maaf bukan satu kelemahan, malah satu kekuatan akhlak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mufti Melaka
#adab
#qunut nazilah
#doa
#politik
#Abdul Halim Tawil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan