awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mufti Pulau Pinang gesa tukar jenama arak 'Timah'

Bernama
Bernama
18/10/2021
05:07 MYT
Mufti Pulau Pinang gesa tukar jenama arak 'Timah'
WAN SALIM: Menjenamakan arak dengan 'Timah' dianggap oleh umat Islam sebagai satu penghinaan yang tidak seharusnya berlaku. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan supaya mengarahkan sebuah syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan, untuk segera menukar jenama 'Timah' berserta gambar pada botol yang digunakan, demi memelihara suasana harmoni di antara pelbagai kaum di negara ini.
Beliau menerusi sebuah kenyataan berkata pihaknya amat kesal dengan sebuah iklan yang tular di media sosial beberapa hari lalu, yang menyatakan sejenis wiski buatan Malaysia diberi nama 'Timah' berserta paparan wajah seorang lelaki berjanggut dan memakai kopiah pada botol minuman tersebut.
"Seperti yang sedia maklum bahawa bagi masyarakat Melayu, 'Timah' adalah singkatan daripada Fatimah iaitu nama puteri Nabi Muhammad S.A.W yang amat dihormati oleh umat Islam sama ada Sunni atau Syiah.
"Justeru, menjenamakan arak dengan 'Timah' dianggap oleh umat Islam sebagai satu penghinaan yang tidak seharusnya berlaku," katanya di sini, hari ini.
BACA: Arak jenama Timah bukan hasil produk kerajaan - Ahmad Marzuk
Beliau menambah, pengeluar wiski berkenaan perlu peka terhadap sensitiviti umat Islam berkaitan dengan isu tersebut, agar tidak menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.
"Kita tidak membantah arak diminum oleh orang bukan Islam, tetapi kita memohon pihak kerajaan Malaysia supaya mengarahkan syarikat pengeluar minuman itu segera menukar jenamanya berserta gambar di botol kepada nama dan gambar yang tidak menimbulkan sensitiviti umat Islam ,demi memelihara suasana harmoni pelbagai kaum di negara ini.
"Kita juga berharap agar para pemimpin politik tanah air terutamanya yang beragama Islam akan turut menyatakan bantahan terhadap tindakan tidak sensitif oleh syarikat pengeluar minuman beralkohol tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mufti Pulau Pinang
#arak jenama Timah
#minuman beralkohol
#tukar nama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan