awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Faris Arriffin dilantik Pengurus Besar baharu NAFAS

Bernama
Bernama
09/03/2023
04:10 MYT
Muhammad Faris Arriffin dilantik Pengurus Besar baharu NAFAS
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melantik Muhammad Faris Arriffin sebagai Pengurus Besar baharu, berkuat kuasa Rabu. - Foto Facebook/NAFAS
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melantik Muhammad Faris Arriffin sebagai Pengurus Besar baharu, berkuat kuasa semalam.
Dalam kenyataan hari ini, NAFAS memaklumkan Muhammad Faris mempunyai kepakaran selama 15 tahun dalam kejuruteraan dan teknologi, pengurusan korporat serta pengalaman dalam bidang pembangunan perniagaan dan strategi pelaburan.
Pemegang ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Kejuruteraan Petroleum dari The University of Adelaide, Australia itu pernah berkhidmat di Petronas, Halliburton dan Schlumberger, dan kini sedang menjalani pengajian dalam Ijazah Sarjana Kewangan di Harvard University, Amerika Syarikat.
"NAFAS yang mewakili 14 Pertubuhan Peladang Negeri, yang dianggotai oleh 279 Pertubuhan Peladang Kawasan dan mempunyai hampir sejuta ahli peladang di seluruh negara mempunyai keupayaan untuk menjadi tonggak kepada dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif kerajaan yang mendukung hala tuju ke arah peningkatan aras keterjaminan makanan negara," kata Muhammad Faris dalam kenyataan itu.
Beliau berkata NAFAS juga berupaya membela kesejahteraan para petani melalui pendekatan yang lebih lestari, berdaya tahan dan berteknologi tinggi serta jalinan kolaborasi antara NAFAS dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, dan agensi serta kerajaan negeri, sektor awam dan swasta yang berkaitan akan diperkukuh.
Menurut NAFAS, pelantikan teknokrat untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus besar ini membawa harapan kementerian dalam memacu NAFAS menjadi pemangkin usaha pemodenan rantaian bekalan industri agromakanan dan menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang pertanian melalui aplikasi teknologi dan digital.
Sementara itu, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS Datuk Zamri Yaakob dalam kenyataan sama berkata dengan kepimpinan yang pragmatik serta visi transformasi yang jelas, pelantikan Pengurus Besar NAFAS yang baharu diharapkan mampu membawa pertubuhan ini ke tahap yang lebih tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Faris Arriffin
#pengurus besar
#NAFAS
#Zamri Yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan