Muhammed Yusoff selesai jalani ujian poligraf

Astro Awani
Disember 17, 2019 02:00 MYT
Ia merupakan kali ketiga Muhammed Yusoff hadir ke Bukit Aman dalam siasatan berhubung dakwaan bekas pegawai penyelidik Anwar itu dicabul pada 2 Oktober tahun lalu. - Gambar fail
Muhammed Yusoff Rawther, selesai menjalani ujian poligraf di Bukit Aman selama empat jam bermula jam 4.30 petang Selasa, bagi membantu siasatan kes terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut peguam mewakili Muhammed Yusoff, Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla, pihaknya amat berpuas hati dengan kelancaran ujian yang dikendalikan tiga pakar.
Mohamed Haniff turut menjelaskan beliau tidak tahu soalan yang diajukan kepada anak guamnya kerana tidak dibenarkan berada dalam bilik berkenaan.
Ia merupakan kali ketiga Muhammed Yusoff hadir ke Bukit Aman dalam siasatan berhubung dakwaan bekas pegawai penyelidik Anwar itu dicabul pada 2 Oktober tahun lalu.
BACA: Polis melawat lokasi rumah Anwar
BACA: Dakwaan Yusoff Rawther: Anwar beri keterangan di Bukit Aman
Ujian poligraf yang digunakan polis, tentera dan Suruhanja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan mereka memberi petunjuk fisiologi ketika sesi soal siasat, walaupun ia tidak semestinya diterima di mahkamah.
Anwar yang memberi keterangan kepada polis minggu lalu memberi jaminan untuk bekerjasama dengan siasatan tersebut.
BACA: "Yusoff Rawther mangsa permainan politik" - Mohideen
#Bukit Aman #cabul #Datuk Seri Anwar Ibrahim #muhammed yusoff rawther #Presiden PKR #siasatan