Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Muhdalena Ahmad kekal bebas daripada pertuduhan memiliki sebilah parang dalam kejadian amuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di perkarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri(JPM) di Putrajaya, tiga tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pihak pendakwaan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen Putrajaya, pada 19 Jun tahun lepas, yang membebaskan Muhdalena, 31, daripada pertuduhan itu.
Dalam penghakimannya, Kamardin berkata mahkamah mendapati rayuan pihak pendakwaan tidak mempunyai merit dan memutuskan keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Sesyen adalah tepat dan betul.
"Keputusan hakim bicara adalah betul apabila melepaskan responden (Muhdalena) atas semua pertuduhan dan sebaliknya telah mengguna pakai peruntukan Seksyen 348 Kanun Acara Jenayah dengan memerintahkan responden ditahan di Hospital Permai Tampoi, Johor Baharu, sehingga diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
"Dengan itu, rayuan perayu ditolak dan keputusan hakim Mahkamah Sesyen Putrajaya dikekalkan," katanya.
-
Kamardin berkata mahkamah juga bersetuju dengan dapatan hakim Mahkamah Sesyen bahawa terdapat keterangan yang kukuh dan mencukupi menunjukkan bahawa responden telah melakukan setiap kelakuan yang dipertuduhkan walaupun atas sebab ketidakwarasan akal sehingga tidak tahu perbuatan itu salah di sisi undang-undang.
"Responden telah dibebaskan atas semua pertuduhan sebagaimana dikehendaki dan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 347 Kanun Acara Jenayah," katanya.
Pada 19 Jun tahun lepas, Mahkamah Sesyen Putrajaya melepaskan Muhdalena daripada empat pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya dalam kejadian amuk itu.
Mahkamah Sesyen itu mendapati wanita itu mengalami ketidaksempurnaan akal semasa kejadian dan memerintahkannya ditahan di Hospital Permai Tampoi, Johor Baharu, sehingga perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Empat pertuduhan itu ialah melakukan ugutan jenayah terhadap polis bantuan Koperal Ridzuan Megat Ahmad di Kompleks 'B' JPM pada 9 Julai 2012, memiliki sebilah parang, mengingkari perintah Ridzuan supaya meletakkan senjata dan gagal mematuhi nasihat menteri supaya mendapatkan pas atau permit sebelum memasuki premis berkenaan yang merupakan kawasan larangan tanpa kebenaran.
Ibu kepada tiga anak itu, diwakili peguam M.Visvanathan hadir dalam prosiding hari ini dengan ditemani anggota keluarga serta pegawai perubatan.
Visvanathan, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memberitahu Muhdalena gembira dengan keputusan itu dan akan terus mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Bernama
Thu Oct 29 2015
Pada 19 Jun tahun lepas, Mahkamah Sesyen Putrajaya melepaskan Muhdalena daripada empat pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya. - Gambar Fail
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Perbicaraan SRC: "Saya takut sebab Datuk Seri Najib masih PM" - Suboh
Datuk Suboh Md Yassin mendedahkan beliau terpaksa melarikan diri ke luar negara kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya.
Muhdalena kekal bebas tuduhan miliki parang dalam kejadian amuk
Mahkamah mendapati rayuan pihak pendakwaan tidak mempunyai merit dan memutuskan keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Sesyen adalah tepat dan betul.